Tuesday 11 June 2013

chokneram..


Emak,di stesyen bas ipoh medan kid.. sering kali aku dibawa meneman emak jika ada urusan dibandar ipoh.. kalau bukan di hospital, toko ataupun perpustakaan.. emak,kuat kakinya berjalan.. seawal 90an aku mula mengenal dunia, memori itu pasti ada emak disisi aku.. 

Pengankutan, ayah, hanya bermotosikal, kami 13 adik beradik beramai xmungkin muat walau bekereta.. alternatif adalah bas.. tapi jika selain dari hari raya. emak hanya bawak yg sudah pandai berjalan sahaja meneman atas urusan dia..

kami, anak-anak mak.. dibawa mengikut giliran, :) aku xpernah tahu dan tidak pernah kesah apa urusan mak. cuma yg pasti kami kenal adalah habuan meneman emak.

laksa, ais kacang.. mak. pasti akan singgah digerai tepi bas stesyen, jika sesiapa biasa dgn kawansan itu pasti boleh mengambarkn, gerai2 makanan dan buah-buahan lama ditepi-tepi jalan situ. 

ya.. berhabuk, gerai terbuka kan, jika yang 'berada` pasti tidak akan singgah kesitu, tapi bagi kami. itu pekara yg mengembirakan, mak akan belikan aku epal hijau, yang aku akan pegang hingga ke rumah, digosok dgn baju hingga berkilat.. sambil menunggu ais kacang dihidang atas meja.. laksa, kene kongsi dengan mak, mak makan dulu. kemudian aku akan selesaikan.. hanya mangkuk licin sahaja yang dipulangakn pada pakcik tu... 
asam keping pon aku kunyah )..

selesai laksa, 'kelin' kacang putih pula. mak psti beli kudapan untuk abah dan adik-adik, plastik kecil-kecil mengisi 50sen nilai kacang bagi setiap anak mak.. :)disinilah bermulanya aku mengerti apa itu perkauman, kueh racist pertama yang aku tahu.. 'telinga kelin'.. persoalan pertama adalah, kenapa?.. kenapa bukan cina atau melayu.. adakah sebab kale perang cokelet hampir hitam itu?
jelas, dari dahulu lagi kita adalah pe'label' yang merujuk kepada fizikal, dalam hal ini rasict adalah ayat yg boleh disama-gunakan

mendengarkan `telinga kelin' aku terus xmahu bila emak mempelawa aku rasa, nakalnye emak, mengepit kepala aku sambil menyuap 'telinga kelin' ke dalam mulut aku. bersembur xmahu, yele.. gile ape mkn 'telinga kelin'.. ade je benda lain untuk dimakan, kenapa telingga mereka?

kini, Sedap, xrase mcm kelin pon (okey kelin rase mcm mane? jgn spekulasikan kenyataan saya oke.) yer.. sedap, bermula dari emak paksa dahulu, kini dah jadi antara kueh feberet saya, wajib bagi setiap hari selasa di Tanjung Malim,..

Emak, dan memori kuih itu.. ketika tangan aku dipimpin naik bas.. 
sedang emak duduk disisi, aku merenung luar bas sepanjang pejalanan pulang ke rumah sambil ditangan kiri epal hijau dan kanan mengengam plastik 'telinga kelin'.. tgn lembut emak kadang mengusap rambut aku.. warm felling dgn mak itu selalu aku rasa bila sahaja terlihat org menjual kueh itu..

dan jika ditanya kenapa suka sgt dgn chokneram ni.. jawapan yg mungkin aku tak akan jawab adalah seperti diatas, rasa, bukan sebabnya.. yang jelas adalah sebab memori aku bersama emak, tgn yg memimpin aku berjalan sambil kueh itu ditangan..

okey.. rindu emak.. weken ni jmp yer mak,.












2 comments: