Tuesday 1 October 2013

Sendiri Lebih Baik?

gambo hiasan je

Dari perspektif kamu,mungkin.. tapi seawalnya mengapa dijadikan berpasang pasang.. mengapa adam hawa.. kamu jelik sekali, jgn pilih untuk berfikir buntu.. ya,jalan hidup tertulis sudah.. cuma subjektifnya bahagia itu..  boleh dipilih.. boleh pilih

harta + meterial + dunia = membahagiakan.. betul matematik itu..
tapi, itu semua bukan jalan bahagia.. banyak lagi jalan,.. aku contohnya. tiada punya apa.. xbekerjaya.. xberharta..xberpendidikan, aku xpunya apa rasanya. dan secara logiknya aku xmungkin bahagia..

tapi satu pekara yang aku ada.. 

aku punya cita-cita hati.. jelas ianya pinjamanNya.. nikmat bagi aku rasa, cara aku bahagia itu bukan untuk 'ditadah'.. aku bekerja keras agar aku dpt penuhkan hati2 sekeliling ku.. aku cuba bahagiakan mereka dgn apa cara sekalipun.. biar material.. masa mahupun keringat.. ya.. sedaya aku akan cuba..

kerana percaya Karma itu pasti.. :)

ya. percaya pada karma, yang setiap perbuatan itu balasanyan akan setimpal.. pekara ini buat aku tersenyum selalu.. tanpa punya harta apa2 didunia ini.. masih lagi aku senyum,masih lagi hati ini bahagia dan dibahagiakan.. sebab cita-cita hatiku adalah membahagiakan semua org sekelilingku..

jadi, bahagia pada aku adalah kitaran.. beri dan diberi.. jika terus menadah mengharap dibahagiakan.. itu tidak akan berlaku.. it goes around and come.. dan jika pilihan kamu hanya 'menadah'... kamu kategori manusia kejam, menzalimi diri dan org sekeliling kamu.. 

semua pasti diduga atas dosa2 dan bahagian masing2.. tapi bagaimana kita pilih.. jika mahu pentingkan diri, hukum org sekeliling.. tuju jari telunjuk kamu kepada org yang tidak membahagiakan kamu.. tapi adakah ini jalan bahagia?

buka mata, lihat sekeliling..
bukan kamu sahaja diatas bumi ini.. sebarang tingkah laku ada tempiasnya.. buka hati.. doa agar dimuliakan kita.. ikhlas..bersih.. berlapang.. dan bersyukur walau apa pemberiaNya..

jadi, pilihlah untuk tidak sendiri.. cuba bahagiakan org sekeliling, ikhlas dalam apa sekalipun..dan didiklah hati untuk terus 'memberi' dan paling penting.. maafkan dosa org lain.. bila kamu beriman pada Nama Nya al-muqsith, janji nya pasti.. :)
moga aku terus dirahmati dan kamu bakal disinari nur Nya nanti...






Thursday 19 September 2013

Bekalan...


sejak dari kecil dibangku sekolah rendah, awal pagi emak bekalkan makanan bila aku ke sekolah.. xpernah tahu ape isi didalamnya, but her box is always full of suprise, for me.. kalau nasi lauk telur kicap pon suprise jugak.. yele.. b4 pegi sekolah rasenye mak goreng ikan.. tibe2 lauk aku telur kicap jer dlm lunch box tu, haaa.. jadi jgn heran.. emak mg pandai buat suprise.. tensen jer..
tapi aku bersyukur dan masih lahap menghabiskan bekalan itu.. kicap pon kicaplah...




Berbekalkan..

kini makin lewat usia, makan aku jaga sendiri.. suap nasi, ikot apa yang aku cari, terkadang menyuap, terdetik dihati, tah apalah yg dimasak si buah ati.. sudah makan ke atau belom lagi.. kalau dahulu didepan mata, selalu bercakar, tetapi dgn celoteh dia, rasa lapang dada.. masa seperti belalu berlahan bersama dia.. sayup2 dengar leteranya.. yang ku perhati adalah tutur bahasa badanya dan sinar dari mata dia.. hihih rindu, buat bekal pengubat hati ketika sendiri..

Dibekalkan..

Berjauhan dgn si buah hati, tiada lagi celoteh atau bebelan dari si dia.. hanya dibekalkan Doa,.nasihat dan terbaharu, zikir bagi seharian ku.. 
`Subhanallah wabihamdihi,subhanallah hil 'adzim..` 
"zikir yg ringan..namun di akhirat nti berat timbangan kita.." jelasnya..

ya, selewat usia ini masih lagi menagih bekalan. dan rasanya tanpa dibekalkan doa dari si buah hati aku.. pasti sukar bagi aku melalui hidup ini.. dan setiap berkat dari hidup ini adalah dari berkat doa serta nasihat mereka.. yer.. bahagia ini adalah rezeki kurniaan dari NYa yg bukan dalam bentuk wang ringgit..

Terima Kasih kepada Buah hati yg bekalkan aku dgn keperluan hidup, rohani dan akhirat bagiku..  


Wednesday 28 August 2013

Asuat Dilla -








Sinar Senja kamu







kesibukan dunia sudah seumpama vaksin kepada luka dunia..
kala lapang, lalai mendongak seketika melayan larat awan diatas kepala..

kala bejalan, sejuk pipi ditiup angin bayu sambil mata dijamu biru jernih air.. alhmdulillah, bahagia merasa pekara sebegini..

tetapi, ketika memerhati pasir dikaki melangkah, disitu ada bayang bekas kaki yang sedang-kecil, tingal disitu.. situ juga senyum melihat kamu.. situ juga tempat jatuh luka aku..

kemana sahaja.. jelas dihantu kamu, siang hari terasa terus senja ketika melihat bayang dikaki ku... 



Monday 15 July 2013






astaghfirullahaladzim... 
astaghfirullahaladzim...astaghfirullahaladzim... 
serta melodi iringan yang buat rasa masa terhenti seketika.. lapang dada..
dan terkadang menitis air mata.. 



Wednesday 10 July 2013

Jari dan kaca yang digengam..


kamu terluka dan biar org sekeliling kamu merasa serpihan pedih nya.. ya. aku terkadang melakukan pekara itu tanpa sedar.. kini bila tempias itu datang dari yg lain.. baru tahu berapa aku salah dalam reaksi aku selama ini, sakit bila diperlakukan sedemikian... org lain memang tidak sepatutnya menerima tempias emosi atau amarah aku selama ini..

Berbalik kepada konsep, menghapus dosa dgn dugaan yang aku terima. kafarah itu selalu jadi pekara yg akan menenangkan aku.. dosa silam itu pasti akan dirujuk kapada perkara mendatang.. jadi. diuji lagi, sakit melatah itu kadang tidak tertahan.. bersembur lagi hati kecil mengherdik pekara yg buat aku tidak setuju.. tapi dengan dosa yang banyak ini.. pasti aku akan diduga lagi.. dan lagi..

Besok, desir berita seperti tidak akan menyenangkan hati, aku tahu.. keras hati aku rapuh dimalam hari... selalu aku akan cuba memenuhi setiap mereka dan setiap sisi.. kadang cela itu buat aku terlepas pandang, dan atas segala geraknya buat aku terlepas pekara sempurna.. tapi hati.. aku cuba penuhkan semua..

aku jarang sekali pilih jalan sengketa,aku pilih berdiam diri atau berlalu pergi. tapi rayu jangan tolak aku sejauh hati,risau akal bukan lagi jadi pertimbangan.. risau hati memberontak balas pekara keji.. kamu dan aku juga punya hati, minta jaga minta pelihara sebaiknya walau bukan satu...


pesanan syg itu buat aku terus merasa dengup jantung kuriaan ilahi, 
terimakasih setiap kali cuba untuk menenangkan hati ini.. :)



Tuesday 11 June 2013

chokneram..


Emak,di stesyen bas ipoh medan kid.. sering kali aku dibawa meneman emak jika ada urusan dibandar ipoh.. kalau bukan di hospital, toko ataupun perpustakaan.. emak,kuat kakinya berjalan.. seawal 90an aku mula mengenal dunia, memori itu pasti ada emak disisi aku.. 

Pengankutan, ayah, hanya bermotosikal, kami 13 adik beradik beramai xmungkin muat walau bekereta.. alternatif adalah bas.. tapi jika selain dari hari raya. emak hanya bawak yg sudah pandai berjalan sahaja meneman atas urusan dia..

kami, anak-anak mak.. dibawa mengikut giliran, :) aku xpernah tahu dan tidak pernah kesah apa urusan mak. cuma yg pasti kami kenal adalah habuan meneman emak.

laksa, ais kacang.. mak. pasti akan singgah digerai tepi bas stesyen, jika sesiapa biasa dgn kawansan itu pasti boleh mengambarkn, gerai2 makanan dan buah-buahan lama ditepi-tepi jalan situ. 

ya.. berhabuk, gerai terbuka kan, jika yang 'berada` pasti tidak akan singgah kesitu, tapi bagi kami. itu pekara yg mengembirakan, mak akan belikan aku epal hijau, yang aku akan pegang hingga ke rumah, digosok dgn baju hingga berkilat.. sambil menunggu ais kacang dihidang atas meja.. laksa, kene kongsi dengan mak, mak makan dulu. kemudian aku akan selesaikan.. hanya mangkuk licin sahaja yang dipulangakn pada pakcik tu... 
asam keping pon aku kunyah )..

selesai laksa, 'kelin' kacang putih pula. mak psti beli kudapan untuk abah dan adik-adik, plastik kecil-kecil mengisi 50sen nilai kacang bagi setiap anak mak.. :)disinilah bermulanya aku mengerti apa itu perkauman, kueh racist pertama yang aku tahu.. 'telinga kelin'.. persoalan pertama adalah, kenapa?.. kenapa bukan cina atau melayu.. adakah sebab kale perang cokelet hampir hitam itu?
jelas, dari dahulu lagi kita adalah pe'label' yang merujuk kepada fizikal, dalam hal ini rasict adalah ayat yg boleh disama-gunakan

mendengarkan `telinga kelin' aku terus xmahu bila emak mempelawa aku rasa, nakalnye emak, mengepit kepala aku sambil menyuap 'telinga kelin' ke dalam mulut aku. bersembur xmahu, yele.. gile ape mkn 'telinga kelin'.. ade je benda lain untuk dimakan, kenapa telingga mereka?

kini, Sedap, xrase mcm kelin pon (okey kelin rase mcm mane? jgn spekulasikan kenyataan saya oke.) yer.. sedap, bermula dari emak paksa dahulu, kini dah jadi antara kueh feberet saya, wajib bagi setiap hari selasa di Tanjung Malim,..

Emak, dan memori kuih itu.. ketika tangan aku dipimpin naik bas.. 
sedang emak duduk disisi, aku merenung luar bas sepanjang pejalanan pulang ke rumah sambil ditangan kiri epal hijau dan kanan mengengam plastik 'telinga kelin'.. tgn lembut emak kadang mengusap rambut aku.. warm felling dgn mak itu selalu aku rasa bila sahaja terlihat org menjual kueh itu..

dan jika ditanya kenapa suka sgt dgn chokneram ni.. jawapan yg mungkin aku tak akan jawab adalah seperti diatas, rasa, bukan sebabnya.. yang jelas adalah sebab memori aku bersama emak, tgn yg memimpin aku berjalan sambil kueh itu ditangan..

okey.. rindu emak.. weken ni jmp yer mak,.












Monday 10 June 2013

kadang rasa mudah, hakikatnya payah...
sering kali berfikir positif, berprasangka baik, tetapi realitinya xakan mengikut seperti yg kita jangka.. apatah lagi mengikut seperti yg kita mahu..

jadi. hari yg aku sematkan di minda supaya ceria bertukar suram.. aku seawal pagi keluar bersenyum sapa jadi kaku keras.. kenapa? sebab terpukul ngn ego sendiri.. malu, rase kecil diri.. 

kalau aku tahu pagi jadi suram begini, lebih baik aku di rumah menyendiri.. xde rasa kecil menyelubungi diri..





Thursday 6 June 2013

Secangkir kopi,

minat kini mule cenderung kepada usia aku yang jelas sudah makin meninggkat.. kalau dulunya.. teh panas itu wajib... kini.. mungkin usia buat aku beralih kepada kopi..hihi tua sudah,

duduk2 saja bukan untuk minum, kopi sulam dengan celoteh hidup.. berkias kepada isu semasa.. hal dunia dan sedikit akhirat..
jelas umur sudah tua, perlu penenang ketika berbicara..

tempoh hari di Aceh. setiap hari pekena kopi Aceh. aroma sedikit berbeza dgn asli ditanah air. unik satu rasa ditanah asing.. :)




Wednesday 5 June 2013

Merajuk

Kalau semalam itu aku merajuk.. ia bertahan beberapa jam sahaja.. xperlu pujuk, biasa sudah aku pujuk sendiri.. senyum.. lagi dan lagi.. 

Alhmdulilah..sbb aku xhidup sendiri.. dikelilingku ada yang sudi berkongsi. luka, pasti semua merasa. pedih.. toksah cerita.. Tuhan tu adil dia bagi rasa kat kita, bukan suh kita ratap derita.. suh kite belajar tahu kira.. kafarah itu atas dosa.. ha. masih mau bersedih? seksa diri? hukum org lain? 

pasti bukan aku.. jika semalam itu bemerah mata.. hari ini sinar bak komik manga, ketawa, lagi dan lagi... xlupa diri, meskin itu pada yang xpunya hati.. aku jelas bukan kaya, xberharta, dan xjuga bekerjaya. tapi hey.. tuhan campakan bahagia..:) itu berkat nikmat dari'Nya' ye..

sedih itu datang dari hati, bukan pinta.. dtg juga.. tapi.. jgn lah selamanya untuk meratap.. ingt yer.. jika kita bersedih.. itu tanda kufur akan nikmat Nya yang lain.. jatuh dosa nanti, org lain xberhak untuk kene tempias sedihmu itu.. kasihan mereka dan kasihankan diri sendiri juga..


jika bersedih.. pasti rasa sendiri. 
cuba pilih gembira, anda langsung sedekahkn ceria pada semua.. :)


Monday 3 June 2013

aku.. 
biasa sudah disini, jarang sekali pertama yg mengorak kaki .. sakit hati, itu aku sudah lali.. senyum aku bukan selalu dari hati..

kamu..,xmengapa membelakangi. datang dan pergi..biar bekejar berapa laju sekalipun, aku tersungkur jugak ditengahnya.. kadang kamu menoleh untuk besenyum sinis..ya.. aku memang xpunya hati kan.. apalah yang kamu peduli.. rasa selagi puas hati.

aku terima jika kamu mahu pergi.. memang tiada apa yg bolehku janji,. aku cuma ada secebis hati.. yang berniat besar mahu dikongsi.. hakikat memandang aku persis org lupa diri.. xsedarkan resmi..

malu ini.. bukan lagi kepalang..'berkaca' mata ini bukan sebab lemah sedih.. cuma tidak tertahankan dugaan tuhan dilahirkan bukan dari golongan seperti kamu.. aku senyum sbb perit aku usha segala dari sendiri...tahu saja dosaku banyak, jika tidak manakan aku diduga sehebat ini..





Saturday 1 June 2013

lewat sehari sebelum berangakat ke indonesia, sempat ler ke johor bagi merakam foto bagi majlis pertunangan Angah.. 


Friday 31 May 2013



hakikatnya Dunia ini...
kadang kite tak cari pasal.. org lain cari asal ngn kite...
jadi dengan ape sekalipun kerenah mereka.. bersabarlah..
tgk budak kucen ni contohnya.. tah ape yang dia xpuas hati..
 






Berdendam?

ya.. itu mg aku, jika bukan zahir nampak dimata.. perilaku aku akan jelas tertunjuk dgn refleksi bahasa mau laku aku..

hati aku tidak dicuci ketika aku berumur 7tahun.. maklaikat dikiri kanan mencatat segala laku,bimbing bisik si hati baik sayup kedengaran.. yang domain adalah suara garau kasar berbicara dihati.. memberitahu bagaimana melayan kerenah kamu.. keras pasti dibalas keras.. jika sakit itu.. luka pasti dibalas.. aku makin lincah menepis dan mematah dgn keras..

tutur bicara bukan lagi lembut buat yg pernah menguris..
budi aku bukan lagi untuk kamu yg tak menghargai..




tersenyum... itu sahaja reaksi aku apabila berita itu dikhabarkn kepada aku.. sedang dalam hati rasa sgt terguris, luka sakit berparut kini... banyak sekali kata yang aku xmampu ungkapkan pada masa itu.. jerit xlagi mampu.

Angan bagai kaca yang jatuh.. tangan sejuk lagi berpeluh dek kerana jantung yg kencang bergedup.. tapi.. masih lagi senyum ..

saat kamu minta jelas, minta keras, aku hanya mampu suruh kamu 'pergi'.. pilih bahagia,. pilih jalan redha keluarga.. sedang hati ini bukan itu pintanya...

kini..
jika didatangi, aku biasa menepis, atau menolak ke tepi, ada yg terlekat dihati juga seperti bermain tarik tali.. aku dgn hati yang hampir tuli, tak mahu lagi terus keliru. sakit sekalipun.. bukan nya ko tahu.. aku sendiri yang lalu..

berkali-kali aku minta maaf sekalipun.. bukan kamu tahu, bukan peduli kamu, aku seperti biasa.. terhegeh2 dibayangi silam aku..
sbb sakit hati kamu.. buat aku terus dibelengu.. dosa silam terus jadi hantu..

pasti sekali bnyak hati terluka sebab aku.. ternyata karma aku belum lagi setimpal.. 

jadi,
menolak kamu.. itu bukan kata hatiku, jelas refleks dari laku kamu.. dari dosa silam lepasku... 






Monday 20 May 2013

bad bOi

first impression, kalau melihat telatah abam aku sorg ni.. pasti rata-rata akan bilang dia ini `masuk air`... yer.. kalo 2nd impression sekali pon akan fikir pekara yang sama.. hingga ler berkali-kali press sekalipon akan terlintas pekara itu juga..

tapi aku.. terima dia seadanya. xtolak kurang die, suapkan makan dia.. pimpin tangan dia.. dan pastikan Musa ciom sebelom tidurkan dia.. yele.. keluarga kan, sayang sgt kat dia..

hari ini beshday dia, aku besyukur tuhan panjangkan umur dia hingga ke hari ini, moga umur mendatang dipenuhi rahmat, berkat, rezeki, dan zuriat..
hepi beshday Bad BOi... i leb u.. muaahhh..



biasa, boleh bagi main air kejab jer.. 
kalo dibior lelame.. die sawan ayor.. hihihi.. jadi ghuper ataih ni..


Friday 17 May 2013

Kadang terkial-kial.. mengapai.. berjalan tanpa arah..
merenung depan dengan kabus-kabus samar...
Tujuan, bukan lagi utama dalam hidup ini...

kalau sendiri, kepala hanyut terbawa kisah lama.. 
kadang gembira.. kadang menghantu.. disitu manis, disitu juga duka hidupku.. kalau aku terus merintih.. hati, pasti akan terus keras, kaku dan membatu...

sayangnya tuhan, simbahi nur melalui pendampingku.. tidak terus bergelap hati ku.. apa yang aku lalu, tidaklah seperit yg mereka diluar sana lalu.. aku tahu.. tuhan dampingkan aku dgn mereka agar aku lebih bersyukur dan tahu bertapa kufurnya aku akan nikmatnya terdahulu.. pesan hatiku.. bersyukurlah selalu.. sementara nikmat dunia masih dipinjamkan Nya..



'DAUD' antara wajah yg selalu bagi kekuatan pada aku.. ajar aku apa itu syukur.. kerana setiap kali aku berduka.. jelas mengambarkan yang aku sangat kufur dgn nikmat Nya..

Jadi, dimana hari aku terleka, meratap sedih menyalah takdir.. bila tersedar kembali, aku jadi malu.. sebab Tuhan berikan semua apa yang aku perlu, cuma aku lalai. sendiri melepaskan pinjaman Nya dan meratap semula.. :)

Kini, parut sakit lama, bukan lagi alasan untuk terus merintih,.. semua tingal manis, semua yang lepas adalah alasan untuk aku terus kuat melalui hadapan.. hari-hari aku kini diiring senyum gembira.. kerana kini aku tahu.. menghargai lebih bernilai dari dihargai.. jadi keluarga, rakan dan 'buah hati'.. mereka senarai teratas bagi aku.. kepentingan aku beralih kepada mereka.. 
jelas, ini buat hari-hariku lagi cerah bersinar gembira..
jelas, ini buat aku lebih bahagia...








Thursday 16 May 2013


A million miles away, Your signal in the distance, To whom it may concern. I think I lost my way, Getting good at starting over,Every time that I return

I'm learning to walk again, I believe I've waited long enough
Where do I begin

Now
For the very first time,Don't you pay no mind?
Set me free again,You keep alive a moment at a time
But still inside a whisper to a riot,To sacrifice but knowing to survive. 
The first decline another state of mind

I'm on my knees, I'm praying for a sign
Forever, whenever,I never wanna die
I'm on my knees,I never wanna die
I'm dancing on my grave, I'm running through the fire
Forever, whatever
I never wanna die, I never wanna leave
I'll never say goodbye, Forever, whatever...


Monday 29 April 2013

Stabbed

Rasa ini adalah rasa yang aku xmahu rasa... layan kamu semua sebahagianya.. antara potret kamu-kamu didunia adalah lambang bahagia dunia aku.. tapi.. rasa gelap ini.. kadang diundang juga.. tapi mengapa?

adakah lurus kakiku, tempang disisi mata kamu? adakah genggam jemari berciciran dibelakangku?.. adakah mata kaburku laluan untuk kamu menyelinap lalu?

jelas bukan kayu.. bergerak jugak tidak seperti batu..
hari ini jantungku kaku dengan semua terbuku..
senyum berlalu. bagai tidak tahu...







Friday 26 April 2013

Pimpin tanganku 
walau hati-ku keras xmahu..  



sejak dari kecil.. aku ada ibubapa pimpin tangan aku, hindari aku dari bahaya, tunjuk ape buruk dan salah didunia,.. sebab ketika kecil.. aku xtahu apa.. jadi Tuhan Dampingkan mereka disisi bagi membimbing aku..  

dewasa kini, aku sudah berjauhan dgn mereka, tetapi tuhan hantar pula sahabat dari kalangan kamu semua, bimbing aku, tegur salah silap aku.. sebab aku juga manusia ini tidak terlepas melakukn kesilapan dan cela.. bertapa Tuhan sayangkn kita, tidak mahu kita terus hanyut terlena.. dari sahabat dan teman yg menegurku.. aku paham niat mu mulia dan seindah Jumaat ini,  

"Jumaat jatuh cinta lagi"






Tuesday 23 April 2013




A-nur Video Team currently working on our tone experiment for this short clip..










HATI Aku disini sahaja.. xpernah berganjaK.. xpernah mencari..
tapi nanti, bila HATI tiada nanti.. xperlu merisik disini..
aku punya hati yang xmungkin sama isi nya untuk kamu mengerti..








Tuesday 16 April 2013

Rasuah

1997..simpang pulai

"udy,tgh buat ape?"... 
soal abah yang baru sahaja balik dari pasar dgn bag plastik yg sarat ditangannya... aku pada masa itu diruang tamu tengah meniarap mengadap kertas putih yg diconteng dek tgn gatal ni.. ketika itu hanya sempat mengangkat muka sahaja dah dapat arahan dari dia...

"tlg abah sapu sikit depan rumah tu" 
adei.. tengah syok melayan pen dakwat mase tu.. aku pon bangun mengeliat malas sedikit.. hhihihi, capai penyapu teros keluar.. bukan sapu sgt pon.. mengelamun jer lebih mase tu.. selesai ketika tu.. abah dah pon duduk dekat tangga depan rumah.. hihihih .. rupenye kerja aku tadi dipantau oleh bos besar itu...

"kite punye laman ni bnyak pokok ler abah,"
"kalo sapu sini, kat sane gugur daun lain" 
merunggut aku masa tu. abah ketika tu senyum jer.. dia bukan kaki protes, dia pendengar yg bagus.. aku mengangkat keninG, signal kepada bos yg laman dah kurang bersepah.. kire nk mintak diri ler.. 

"ikhlas ke tlg abah sapu tu" 
hihihi.. mg xboleh nk jawap ler soklan tu kn.. aku bole tersengih je mase tu.. definasi ikhlas pon aku xpasti masa tu.. ape lagi nk jawap ngn bernas..

"kerja kne ikhlas" 
sambung abah sambil memanggil aku kepadanya..
aku melabuhkan punggong atas anak tangga, sebelah dia.. 

"nah" abah menghulur wang kertas kepadaku.. "haaa pulak! td ckp pasal ikhlas, ni bagi duet pulak" soal hati kecik aku..
malu-malu aku pon tanya.. 

"duet ape ni abah?"
haa.. kamu pegi ler kedai kat simpang pulai tu, beli kereta tamiya mcm kwn2 kmu dok main tu... 14ringgit total yang abah bagi ditambah dgn 90sen yang ade dlm kocek aku.. ngam2 jer nk beli kereta mainan tu.. sebelumya dia tidak menjanjikn upah pon.. hanya mengarah aku sahaja.. di akhir nya dia bertanya soal `ikhlas`...


"ini bukan RASUAH ye" 
yer abah, kini aku tahu.. dia mengarah aku tanpa janji ganjaran, agar aku buat tanpa harap balasan, dan diakhirnya diberi imbuhan..



super emperor, ni ler model yg aku beli mase tu..
terbaharu, muncul balik trend mengumpul kereta mini ni. 
jadi terpanggil aku menulis post ini,. yg terlintas pada masa ini adalah wajah abah.. dia yg pernah hadiahkn aku mainan ini..


Selain dari kasih sayang yang abah tunjuk, aku belajar satu pekara, IKHLAS, sejauh mana kita melakukan pekerjaan lillahi Taa`la.. dgn niat, dgn hati, dgn diri... bagaimana melakukan sesuatu tanpa niat ganjaran..

satu sahaja, detik... ikhlas dalam hati itu.. kurniaan Tuhan,itu nikmat yang Dia beri kepada org yang mahu, konsep yang selalu aku buat adalah `sedekah`.. bukan wang ringgit sahaja, tetapi tenaga dan kepakaran aku yang Tuhan pinjamkan ini.. tanpa mengharap dibalas dgn ganjaran dari sesama manusia aku hanya meminta dari DIA..dan berterima kasih dari setiap nikmat yang diberiNYA..

dgn berlapang hati bersedekah nikmat tuhan itu.. sedikit akan membersihkan sumber rezeki kita.. malahan, makin melimpah ruah rezeki yang diberinya kini... yakin ganjaran Tuhan lagi besar dari apa yg manusia beri.. 

dan berbalik  kepada sifat-sifat dari Nama`NYA`, 
AL-WAHHAB
AL-RAZZAQ
AL-FATTAH
AL-ADL
AL-SYAKUR
yakinlah setiap janji-janji Nya,
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;" An-Najm : 39 

Abah, ajar pekara yang sub, masa matang membongkar niat asal dia.. :) kini,setiap permulaan hari, aku cuba pupuk hati agar ikhlas dalam setiap pekara.. agar xterbatal ikhlas yang lepas.. dan setiap pekerjaan `gaji` yang diharap adalah ganjaran dariNYA, hanya dariNya.. dan diantara mereka menyalurkan rezeki kepada aku, adalah sumber perantaraan seperti janjiNYa...











Sunday 14 April 2013

Rumah, syurga pada yang mahu.

Apiz chikaloo 001#

Meet my nephew..
anak buah pertama dalam keluarga kami,hapiz.. perasaan pertama kali nk dapat anak buah.. mg ler sgt excited.. yele.. nk terima org baru kn.. dari kecil mg lah comelnya..yele. tuhan jadikn.. mst ler comel kn.. ha.. bertahun kemudian.. dia dah semakin besar.. pandai berceloteh.. 
aku.. pakcik saudaranye tidak dipangil dgn gelaran pangkat.. (paklong, pakngah bagai.)even mak aku yang sepatotnya di panggil `nenek` pon dipanggilanya `emak`.. oke.. kongsi mak aku dgn anak buah aku sorg ni..

"Udi udie udiee"...
ha.. pangil nama mg perlu bertubi2, itulah dia.. mahu perhatian sepenuhnya bila bermula bicara.. xpernah takut dgn aku.. walau aku selalu membuli nya.. ha.. 

kalau dirumah akan tiba2 terdengar jeritan.. "udie gile, haa".. selesai aku mengigit tgn die.. geram,budak gempal ni suke menganggu aku.. dia akan pergi mencari sesiapa sahaja untuk mengadu yang pakcik dia sorg nie gila,
kalo mengadu sama atok, akan tersenyum jer..
kalo mengadu sama nenek, nenek bagi gula2, divert dari aduan asal dia,.. tetapi...
seminit kemudian dia datang kembali, hihihi,  dari awal tadi tahu dah.. dia akan datang balik... dia mg selalu teman aku, selalu menyebok, selalu merengek mengadu dkt pakcik dia yang sorang ni..


sebelumnya.. dia berbaju dan seluar jeans itu bawah paras lutut..
aku memanggil si apiz nie sambil mengendong kamera, aku panggil dia ke ruang tamu.. 
"ha, udie nie..." keluh dia seakan tahu aku bakal membulinya kali ini, tapi dia masih ikot... :)



eh eh eh.. cite xabis lagi yer.. sambong jabgi








Wednesday 10 April 2013

wanie


Meet my lovely sister Nurul Hazwanie and her team who won 1st place for 2013 inovation contest held in Polytechnic Sultan Azlan Shah.
xsempat nk ambil nama setiap sorang.. ape sekali pon.. 
tahniah dgn inovasi anda.. :) teruskan usha..




Sunday 7 April 2013

POST WEDDING..


i was in kl for post wedding shot by our A_NUR Photograper, Musa Rosli ..
hihihi gambar diatas diload ke fb seawal pagi isnin semalam.. gimik poyo konon session ini adalah ntok kami...

Post-Wedding session kali ini bagi our client Syam n Sykin.. diorg dtg all way from Pahang hanya untuk dibuli oleh Musa, our photog.. musa muke suci.. tapi jahat dan nakal.
alhmdulillah all went well, cuaca cun.. lokasi xpanas dan kami selesai awal sebelum azan zohor..

ha.. layan few pic from the session, thanz to our sweet couple, musa, and ayu for joining our outing kali ini..

inai merah lagi,. bagus buat post wedding, leh ler post rapat2 cengini, halal doh..





ni ler sipembuli yg jahat tuh.. ishh ishhh...





Wednesday 3 April 2013