Friday 29 March 2013

Kamu, ya kamu..

Hari-hari ku..
Hari-hari mu..





Adakah terpadam sudah hari bersamaku?..
Adakah hari-harimu adalah hari-hari yang kita lalu dahulu?

Setiap nota terdetik namamu..
Setiap celik lihat wajahmu..
Setiap langkah ada kelibatmu..

Hati ini, Sudah dihantui kamu..
Al-fatihah Sekadar memujuk ditikar sejadahku..
Khayalku selalu ada kamu..

Kalo kelangit.. Yang biru itu kamu..
Kalo kepantai.. Pasir ombak itu kamu..
Kalo kemalam.. Bulan bintang itu ada cerita kamu..

Dapurku.. Yang menunggu meggi kari itu kamu..
Yang mencuri mug Tea O panasku.. itu kamu
Yang setia menuggu selesai makanku juga kamu..

Seni karyaku bernafas kerana ibu dan kamu..
Yang menjadi inspirasi jalan hidup itu kamu..
Yang menjadikan siapa aku kini juga kamu..

Lewat ini.. Kamu selalu menggangu aku..
Lewat ini.. Hari-hariku selalu kabur kelabu..
Lewat ini.. Seolah kufur menyalah takdir aku..

Hari ini.. Bermata merah bengkak aku xmalu..
Hari ini.. Berselekeh serabai tidakb bersepatu bukan kesahku..
Hari ini.. aku bergelap sebalik bayang bayang kamu..








Wednesday 27 March 2013

Di tanya



Hati yang tuhan pinjamkan ini..
kadang didatangi pelbagai naluri dan rasa..
bukan kerja kita..

Jadi, dimana salahnya mengikut hati naluri?
Dimana rasionalnya rasa-binasa?

Bermenung sahaja tak mungkin dapat merungkai segalanya...
Berserah sahaja bagai kufur bagi setiap deria dan kurnia...

Berusaha tanpa tujuan matlamat itu bagaimana?
Mengapai hasrat tanpa keringat apa nikmatnya?

Hidup, rintangan terjalin dari setiapnya.
Bukan daya kita memisahkanya.. 

jadi,
hati sinar dgn Nur bahagia....




Tuesday 26 March 2013

Mem`burung` # 02

fraser hill birding trip
our lunch at ye olde smokehouse fraser's hill

the machine behind every decent foto





they called this proper lens for birding, i call it madness.





Berbicara tentang cahaya..




incoming updates






Mem`burung`

sekali lagi dalam masa terdekat bulan ini... satu lagi genre baru yang aku rase sejak tangan mula melepaskan jendela kamera..
aku, tanpa sebarang latar belakang fotografi, mula memiliki kamera sendiri ketika umur 20an ku, mmg sukar bagi aku menerima pendedahan atau ber`eksperimen` mengenainya

org kata, mencari ilmu, biar berguru..
option ke kelas berbayar. bukanlah kemampuan bagi kocek kecilku ini.. alhamdulillah.. aku dikelilingi org2 yang berilmu serta tidak lokek mahu berkongsi

Lewat petang minggu lepas dipelawa  Pa`man.. Aman pic, Edzwan dan Pian mengikut ekspedisi mem`burung` beliau..

Birding..
destinasi dituju kali ini adalah Frasser Hill, bagi yg tahu.. kawasan tanah tinggi ini sangat femes dgn habitat serta kehadiran burung berhijrah singgah ke kawasan tersebut.

aku yang tanpa pengalaman dlm genre ini pada mulanya teruja mahu mengikut. niat hati bukanlah untuk merakam gambar burung2 berkualiti. kesana hanya berniat untuk mempelajari tips2 bagi genre ini serta mengenali spesis burung yang ada disitu..

setibanya disana.. hihih terkial2. sbb xtahu ape yg aku patut rakam, teknik serta skill yang sepatutnya..

hihih.. nk cerita panjang pun xboleh.. sbb xtahu sgt pasal burung ni.. so.. dibawah.. antara spesis2 burung yg boleh didapati disana..





alhamdulillah dan berterima kasih kepada Pa`man Aman Pix kerana sudi mempelawa dan bagi pelbagai tips..



Monday 18 March 2013


Senyum di bibirmu, Ada garis duka
Walau riang wajahmu,
Penuh cerita lara...


Sepi... ruang hati,Resah pun menyiksa
Orang yang kau nanti, Hilang di sudut mata
Yang jauh asyik teringat
Yang dekat tak terpikat
Tak kenal maka tak cinta
Yang jauh asyik teringat
Yang dekat tak terpikat
Tak kenal maka tak cinta
Biar jauh di seberang
Kasih tak mungkin hilang




Sunday 17 March 2013





Jalan jalanan...



Street foto, selain dari sekali terlibat secara langsung ketika berkursus bersama Amri Ginang anjuran kementerian.. genre street foto ni mg asing bagi aku.. mungkin tiada minat atau berkarya didalam kesibukan org ramai buat ku tidak selesa,.. dan lebih2 lagi.. jenayah yg berada dimana sahaja memaksa aku berwaspada dan menyorok kamera.. terhad disitu.. :)

tapi.. hari minggu lepas lain pula ceritanya, mungkin sebab ramai bestie bersama.. and musa boi held a 50mm street outing.. kami kawan2 jer. berlima,, si usop, nisa, musa boi dan bad boi..
ke pasar malam secara poyo mengendong kamera.. 
(mengendong kamera dikhalayak ramai tanpa tujuan adalah poyo)

penyudahnye,.. gambo diambil beberape ketoi jer.. sebab tangan dah pegang pastik bag, mulot mengunyah, dan perot bad dan musa dah membuatkan texture dibaju mereka menjadi 3D.. comey u..(jgn sentuh nanti baby tendang-tendang) :P



di atas antara muka-muka yang mempoyokan suasana outing Pasarmalam kami.. aku seperti biasa not inda picture, dan jelas menunjukan aku kurang poyonye.. sebab tiada bukti bergambar mengatakan aku poyo.. 



sekilas lalu dalam mencari-cari, rezeki itu halal pada titik peluh mencarinya

dalam pelbagai permasaalahan atau pekara ada kunci bagi setiapnya.
cuma bagaimana bijak kita memilih serta menyesuaikan nya..
tetapi jika bertemu jalan buntu
kembali kepada `Pembuat kunci kita` 

tangan yang bakal  di soal bagi setiap amal-duniaku
(tgn juga sinonim dgn masyarakat malaysia, we believe in the power of the hand, adakah secara kebetulan ia berhubung rapat ngn kepecayaan segelintir agama budaya di malaysia.. hihihi.. humor bukan berniat menghina. cuma renungan sarkastik.. )






p/s: pengunaan karya foto saya dibenarkan tanpa niat membuat keuntungan atau jalan mudah dlm membuat assignment, bayar saya di akhirat and all credits goes to Allah.. :)




Pencerahan

Diziarahi teman.. hihihi. 

both are my bestie.. in art and in photo.. so..
si bad boi ni my all time foto budies.. si nisa photog jugak from jabatan perakaunan negara...

kebetulan aku didatangi mereka pada hari minggu lepas,..
tiada perancangan spesifik sebenarnay.. hanya `melanggar` sahaja.. 
seawal pagi sepatotnya kne cover foto aktiviti sukan.. tapi tidak lah gila aku nk duduk tengah padang seharian kn...
jadi kami keluar menghala selatan, selepas bersarapan(lunch sbnranyA), 

knowing me.. aku mg tidak suka hiruk-pikuk kotaraya.. semulajadi selalu jadi pilihan hati... jadi lokasi yg terdekat adalah kuala kubu bahru.. :P few minutes away jer dari poli. pada yg tidak pernah pergi mst tertanya2 ada apa di KKB.. dan mungkin pada yg pernah pergi pon tertanya juga.. kenapa KKB.. 

Jawaban mudah:
antara mata yg tuhan suka adalah;
mata-mata yg apabila melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan mensyukuri serta `bersubhanAllah`...
kredit to kak ija ( subhanAllah, klik, klik )

jadi pada hati yg tuhan kurniakan nikmat melihat, pasti tahu akan bertapa indah setiap dari ciptaanya,. alhamdulillah, aku tuhan kurniakan mata hati, melihat setiap perinchi dari sudut seni..
berbesar hati sangat dan tidak terlintas langsung untuk meninggi diri..

ha.. cukup-cukup beleter.. tgk sedikit foto yer..


post in FB yg bertujuan menimbulkan kontroversi,
xde niat buruk pon.. cuma happened that diorang ade dilokasi..
genre landscape belum lagi sebati dlm diri,(landscape for oldie kate badboi) dlm kepala ni.. memori pasti dlm bentuk potrait fotografi.. jadi kompo acah2 prewding gitu.. to bad n nis.. time kaseh jadi talent.. :P


dia suka photo diatas.. hihi sekali lagi.. bukan kontroversi yer.. meronggeng hari minggu ini adalah hari2 produktif aku seperti hari ini dan hari-hari sebelum ini ... :P



thanz to bad n nisa.. sudi meneman separuh hari sabtu ku...
kepada kakija.. sila sambung merajuk anda.. yet another hepi day for me by all of u... glad to have u all around me.. :P alhamdulillah... 








Tuesday 12 March 2013

10th mac 2013...

i was in selayang with musa and awal.. both are my idol n my sifu.. join their wedding task, since i have nothing to do over weekend, alhamdulillah.. everything went well..


having a good time during the task


My all time fav post,. oldskool yet still tidak ditelan zaman..
credit goes to couple, Musa for letting me join his task and Si Awal 
for accompany us.. 






Thursday 7 March 2013

Picture of me

     Sesetengah org diluar sana, suka menggunakan pendekatan yg akan menyinggung org lain demi mendapat perhatian..

Tetapi, alhamdulillah.. org sekeliling saya bagus2 belaka, baik dari budi hingga tutur cara..

saya, cuba terbaik bagi tidak meyinggung walau sesiapa..
Wallahu’alam, ape gambaran org sekeliling terhadap saya.
lucunya ade yang mengambarkan saya seperti dibawah ini..
kawan,sahabat sejati.. tahu bagaimana mencuri hati..
membahagiakan diri ini..

Alhamdulillah.. Jumaat, jatuh cinta lagi...



 dalam rakaman gambar sekalipon susah untuk jumpa muka saya.
apatah lagi potret seunik begini.. 
mg geli hati..


sedar-diri

     kadang seakan mengejar mimpi... hakikat. aku masih umpama tidur disiang hari... mengimpikan pekara yang tak mungkin aku miliki..

hati.. bawalah mengundur diri


sejelas mana sekalipun kamu dari pandanganku..
masih kabur aku dari matamu..




Sunday 3 March 2013

Srikandi Psas..




kejohanan softball politeknik peringkat kebangsaan...
bukan juara.. tetapi masih yang terbaik kami ada..  sgt berbangga dengan semua..



berminat dengan aksi mereka dipadang.. si pithcher yang comel sipemukul home-run...





Saturday 2 March 2013

hari yg berlalu pergi.. angka usia yang meningkat tinggi...
perubahan dari setiap sudut dapat aku rasa...badan.. minda.. deria.. xsecekap seawal usia dahulu, itu bercakap hal fizikal...

rohani-nya.. hati.. makin keras,makin tuli, sukar menerima buah fikiran org lain.. sedang kemudian mengakui akan ego aku si lanjut usia...

mungkin benar juga, banyak bercakap hal duniawi buat hati aku keras. di benakku rasa ada semua sumber info yg buat aku rasa betul dalam setiap hal dan ketika... hakikatnya aku xubah bagai boneka bermain info kata sahaja.. berkeras menang hanya pada sorak-ku sahaja...

muhasabahkan aku dan kamu..
maafkan aku, maafkan kamu..