Monday 29 October 2012

I Would Never Asked For More, Cause Little Fill Me Enough

Hidup...
Menjalani kehidupan normal dipersekitaran yg ramai populasinya seperti IPTA dimana aku bekerja, benar-benar membuka mata.. memberi perspektif yang berbeza dan berhadapan dgn pelbagai kerenah orang sekeliling..

Perhati sekeliling... bila bercakap pasal org sekeliling, manusia ni, banyak khilafnya.. xlari dari kesilapan,.. cuma, adakah kita akan mengulanginya, cuba memperbaiki atau tidak pernah kesah sama sekali,..

hidup berdamping dengan masalah dan juga kerenah org sekeliling memerlukan kita sedikit waras dalam menilai hidup ini.. Manusia tiada yang sempurna... begitu juga teman setia, buah-hati  sejiwa dan juga keluarga tercinta..




berselindung dari sebalik cahaya A-nur..



Tidak pernah meminta lebih...
hidup ini memang tidak akan pernah sempurna, cume bagaimana kita mencoraknya agar bahagia, 
Pada aku, aku tidak akan meminta org sekeliling aku untuk penuhi aku.. akan tetapi akan aku cuba sedaya mungkin untuk penuhkan mereka, 

walau bukan bermodalkan wang ringgit.. 
akan aku sedekahkan benih ketawa, 
semai dengan riang gembira.. 
agar nanti segar mekar bahagia..




mereka, terima aku seadanya.. 
walaopon si bad tu gemok and bila fobia ngn lensa..

to bad.. have a good time while in france yer.. ko balik xde buah tgn jage ko..



a cup of coffee, will make her happy & dizzy


so besides my family... 
semua org in pic above really makes me happy, people who shares my bitter sweet in my life`s journey all these days..

so i would never asked for more,.. 
sbb ape yg
tuhan temukan,
tuhan jodohkan,
tuhan tentukan,
adalah yg terbaik bagi aku..

jadi org sekeliling aku.. sila berbahagia, sebab aku berterima kasih dan menghargai dari setiap kamu... 






Friday 12 October 2012

There`s a plan for you by Him...

Burhan dan Dayah,.



Mengenal mereka, ceria, peramah serta mudah berbicara..
perwatakan yg disenangi..
duduk mengambil angin serta Meneguk air mineral akibat dari keletihan dari sesi berfoto, sambil mendengar serba sedikit seretan kisah mereka..

percaya disebalik semua itu, ada kisah bagi setiap kita.. 

Tidak percaya pada cinta..bagi yg pernah merasa diluka, kecewa atau gagal dalam menempuhnya..mesti perit untuk menerima atau langsung tidak mahu memikirkan penganti baru...
aku sendiri pun tidak percaya ada cinta bagi aku buat masa ini.. kisah lalu buat aku terus begini,

Walaupun demikian...

Di setiap perancangan kita, telah diatur segala oleh`Nya bagi setiap kita... rezeki, ajal dan jodoh..itu semua rahsia Allah..

well, some may crush and fall-in
some may hurt, who never believe-in
for every reason u have-in
there`s  a plan for you by Him...


jadi.. 
senyum walau luka.. 
telan walau pahit..
redah walau berduri..

Tapi mereka dibawah ni punya cerita bahagia..
outing kali ni,simple dan kasual sahaja.. Pre wedding mereka...
aku jeles sedikit..

oke oke.. cukup berleter, layan sikit foto mereka..

ni kalo ade tungau.. mg besh ler..


SubhanAllah...
jarang2 ler boleh dapat cuaca camni..



merate-rate rumput.. weee. hijau cam cwieejelen...






Wednesday 3 October 2012

Sedikit

sendirian...
walaupun punya teman disamping yg selalu membantu. aku rasa masih tidak mampu untuk memenuhi tuntutan sekeliling aku... tugas hakiki, sampingan.. cita-cita serta harapan... buat aku hampir lesu,tidak bermaya.. penat, mengatur perancangan.. agar tidak tersungkur dihadapan..

kehadapan...
segala perancangan aku atur semua untuk org sekeliling yg mahu untuk berusha, tiada kepentingan sendiri.. agar masing2 dapat menambah sepinggan nasi buat yang menanti dirumah..

pada aku.. lebihan wang usha aku bukan untuk aku.. bergaji kecil, tidak pernah jadi alasan untuk tidak menghulur.. percaya pada setiap sen yg aku salurkan, tuhan janjikn pulangan nya..


Rezeki tuhan turunkan..
bukan bermaksud kne tunggu meriba, aku kne berusha.. tanpa daya dan modal yg besar, secara kecil sekalipun aku tetap cuba.. alhamdulillah.. punya org sekeliling yg sering berkongsi idea serta mahu tgk aku kehadapan.. 

kakak ija aku yg sorg tu.. walaupun dia bukan dalam field yg sama dan bukan bidang kepakarannya.. dia selalu mendengar celoteh aku n memberi perspektif baru untuk pertimbangan aku.. hihihi... glad to have u around sis..

Sedikit..
Modal.. bukanlah alasan yg aku suka pakai, cuma tanpa nya.. sedikit terhad bagi aku mengembangkan label kami. tapi biarlah sedikit dari langsung tiada..


mini book about A-NUR PRODUCTION label


Terbaharu
buat masa ini, kami sedang dalam proses mengeluarkn buku Mini bagi label kami, insyaAllah, akan keluar secepat mungkin selepas melalui editor..

Harapan..
tidak pernah mengunung tinggi, cukup sekadar memberi pulangan serta membantu org sekeliling kami, isyaAllah.. rejeki yg kami perolehi akan kami salurkan kepada yg perlu..
moga dipermudahkan segala urusan,..