Tuesday 11 December 2012

Choose to Happy






hidup ini semua mengenai pilihan dan cabaran.
yakini lah setiap pilihan dan rintangan yg kita lalui telahpun ditentukan oleh Nya..tertulis sudah pun..

org lain mungkin kaya, mendapat apa sahaja yang mereka mahukan,boleh bersuka-ria tanpa berkira.. sedangkan kita hidup berdikit, siang malam kerkias untuk rezeki diatas meja..

Pilih Untuk Bahagia
tetapi, itukah indikator bahagia?
bahagia atau tidak.. itu terpulang kepada kita untuk memilihnya,
aku. tidak meletakan standart `bahagia` aku terlalu tinggi,
persekitaran hidup aku kini, buat aku benar2 bahagia,.
kawan2, wajah budak2, kucing malas pon boleh buat aku Bermenung dan tersenyum gembira bertapa Dia sudah pinjamkan bahagia buat aku rasa..

Pssstt.. 5kupang besar mg buat aku bahagia..weeee... kalau baik hati, sila sedekahkan sedikit bahagia korg tu kat aku yer..









The Tanjung Malim

dua tahun sudah berada disini..
`Dia` tahu, bertapa aku perlu semua ketenangan dan kebesaranNya
bagi mengubat luka luka terguris..
SubhanAllah...






Hati Itu Bukan MIlik Kami

Janji Tuhan Sudah Begini...

aku pujuk dia dan hati ini, bukan daya kita menongkah semua ini,.. walau dulu mg pernah aku janjikan bahagi buat dia..

bukan berpelajaran tinggi mahupun dari keluarga berada, hanya masa yg aku perlu untuk mengubah nasib sendiri..
kaki hampir teguh berdiri sendiri, tapi hati sudah beralih sisi..
dia yg aku genggam perlahan pergi.. arus yang dicatur ilahi membawa kami kehari ini... dia tidak pernah miliku lagi...


Tersentuh Hati...

aku seakan tidak tahu ape perasaan yg patut aku rase pada masa itu...tp yg pasti..
hancur luluh hati mendengarnya..

kali terakhir bersua muka,senyum masih lagi girang cuma mata si dia yg besar tidak lagi bersinar,kelam kemerahan dek benih air mata yg menanti berderai,..

"Org rindu sgt dekat udy"... mengadu kepada rakan baiknya, luahan hati yg xtertahan mungkin, sampai jugak terus dari dia kepada aku melalui text-text terakhir dia..


mata mula bergenang,terkedip-kedip..sekaligus pipi terasa sejuk..
kepala mula mengimbau masa lepas.. bertapa aku mahu sebuah mesin masa, untuk aku betulkan semuanya...
hanya kini, memori indah, seumpama mainan mimpi..






Membuli dan Dibuli Kuda







Buat pertama kalinya rasanya menjejakan  kaki ke Jitra,
itu pon kerna dibiayai oleh abam kamal & kak tie.. aku bersama abam bad foto, yg kali terakhirnya join sebelum dia berangkat ker france...





menarik pasal kude nie.. kalau kita takut atau xbiasa, `kude` akan tahu.. dan depa akan mainkan hangpa..

hihihi...pengalaman yg menarik jugak melayan kerenah kude nie.. hihihihi...




Monday 29 October 2012

I Would Never Asked For More, Cause Little Fill Me Enough

Hidup...
Menjalani kehidupan normal dipersekitaran yg ramai populasinya seperti IPTA dimana aku bekerja, benar-benar membuka mata.. memberi perspektif yang berbeza dan berhadapan dgn pelbagai kerenah orang sekeliling..

Perhati sekeliling... bila bercakap pasal org sekeliling, manusia ni, banyak khilafnya.. xlari dari kesilapan,.. cuma, adakah kita akan mengulanginya, cuba memperbaiki atau tidak pernah kesah sama sekali,..

hidup berdamping dengan masalah dan juga kerenah org sekeliling memerlukan kita sedikit waras dalam menilai hidup ini.. Manusia tiada yang sempurna... begitu juga teman setia, buah-hati  sejiwa dan juga keluarga tercinta..




berselindung dari sebalik cahaya A-nur..



Tidak pernah meminta lebih...
hidup ini memang tidak akan pernah sempurna, cume bagaimana kita mencoraknya agar bahagia, 
Pada aku, aku tidak akan meminta org sekeliling aku untuk penuhi aku.. akan tetapi akan aku cuba sedaya mungkin untuk penuhkan mereka, 

walau bukan bermodalkan wang ringgit.. 
akan aku sedekahkan benih ketawa, 
semai dengan riang gembira.. 
agar nanti segar mekar bahagia..




mereka, terima aku seadanya.. 
walaopon si bad tu gemok and bila fobia ngn lensa..

to bad.. have a good time while in france yer.. ko balik xde buah tgn jage ko..



a cup of coffee, will make her happy & dizzy


so besides my family... 
semua org in pic above really makes me happy, people who shares my bitter sweet in my life`s journey all these days..

so i would never asked for more,.. 
sbb ape yg
tuhan temukan,
tuhan jodohkan,
tuhan tentukan,
adalah yg terbaik bagi aku..

jadi org sekeliling aku.. sila berbahagia, sebab aku berterima kasih dan menghargai dari setiap kamu... 






Friday 12 October 2012

There`s a plan for you by Him...

Burhan dan Dayah,.



Mengenal mereka, ceria, peramah serta mudah berbicara..
perwatakan yg disenangi..
duduk mengambil angin serta Meneguk air mineral akibat dari keletihan dari sesi berfoto, sambil mendengar serba sedikit seretan kisah mereka..

percaya disebalik semua itu, ada kisah bagi setiap kita.. 

Tidak percaya pada cinta..bagi yg pernah merasa diluka, kecewa atau gagal dalam menempuhnya..mesti perit untuk menerima atau langsung tidak mahu memikirkan penganti baru...
aku sendiri pun tidak percaya ada cinta bagi aku buat masa ini.. kisah lalu buat aku terus begini,

Walaupun demikian...

Di setiap perancangan kita, telah diatur segala oleh`Nya bagi setiap kita... rezeki, ajal dan jodoh..itu semua rahsia Allah..

well, some may crush and fall-in
some may hurt, who never believe-in
for every reason u have-in
there`s  a plan for you by Him...


jadi.. 
senyum walau luka.. 
telan walau pahit..
redah walau berduri..

Tapi mereka dibawah ni punya cerita bahagia..
outing kali ni,simple dan kasual sahaja.. Pre wedding mereka...
aku jeles sedikit..

oke oke.. cukup berleter, layan sikit foto mereka..

ni kalo ade tungau.. mg besh ler..


SubhanAllah...
jarang2 ler boleh dapat cuaca camni..



merate-rate rumput.. weee. hijau cam cwieejelen...






Wednesday 3 October 2012

Sedikit

sendirian...
walaupun punya teman disamping yg selalu membantu. aku rasa masih tidak mampu untuk memenuhi tuntutan sekeliling aku... tugas hakiki, sampingan.. cita-cita serta harapan... buat aku hampir lesu,tidak bermaya.. penat, mengatur perancangan.. agar tidak tersungkur dihadapan..

kehadapan...
segala perancangan aku atur semua untuk org sekeliling yg mahu untuk berusha, tiada kepentingan sendiri.. agar masing2 dapat menambah sepinggan nasi buat yang menanti dirumah..

pada aku.. lebihan wang usha aku bukan untuk aku.. bergaji kecil, tidak pernah jadi alasan untuk tidak menghulur.. percaya pada setiap sen yg aku salurkan, tuhan janjikn pulangan nya..


Rezeki tuhan turunkan..
bukan bermaksud kne tunggu meriba, aku kne berusha.. tanpa daya dan modal yg besar, secara kecil sekalipun aku tetap cuba.. alhamdulillah.. punya org sekeliling yg sering berkongsi idea serta mahu tgk aku kehadapan.. 

kakak ija aku yg sorg tu.. walaupun dia bukan dalam field yg sama dan bukan bidang kepakarannya.. dia selalu mendengar celoteh aku n memberi perspektif baru untuk pertimbangan aku.. hihihi... glad to have u around sis..

Sedikit..
Modal.. bukanlah alasan yg aku suka pakai, cuma tanpa nya.. sedikit terhad bagi aku mengembangkan label kami. tapi biarlah sedikit dari langsung tiada..


mini book about A-NUR PRODUCTION label


Terbaharu
buat masa ini, kami sedang dalam proses mengeluarkn buku Mini bagi label kami, insyaAllah, akan keluar secepat mungkin selepas melalui editor..

Harapan..
tidak pernah mengunung tinggi, cukup sekadar memberi pulangan serta membantu org sekeliling kami, isyaAllah.. rejeki yg kami perolehi akan kami salurkan kepada yg perlu..
moga dipermudahkan segala urusan,..






Friday 14 September 2012

Demi Mencari Rezeki

Rezeki..
Bercakap mengenainya pasti pertama yang terlintas dalam kepala kita adalah wang ringgit, kan.. tu ler set minda tipikal kita.. tapi sebenarnya.. rezeki itu, diturunkn dalam pelbagi bentuk, rezeki atau nikmat ni.. Tuhan pinjamkn kepada kita... xdapat terus yer.. pinjam jer.. jadi atas ehsan Tuhan, dipermudahkan kita dgn rezeki serta nikmat`Nya` dalam masa yang sama kita, mensyukuri nikmat pemberian itu..

Dari sumber..

ha. sumber nikmat rezeki tuhan ni,kalo nk disebut contoh-contohnya, berjela-jela ler post ni.yele tuhan kite maha kaya bukan?..jadi, cukup kalo aku bilang.. ape sahaja yg menyenangkan hidup kita didunia ini dikira rezeki.. xkire ler.. dengan usha atau tanpa.. set lagi minda tu yer, pinjam je nikmat tu, bukan punya.. Alhamdulillah..


Sudut serta perspektif...
'Dia' Maha Besar... dijadikan bumi, diturunkan hujan yg membawa rezeki... aku, sebagai photographer cap ayam, keindahan alam, adalah satu sumber rezeki yg selalu aku nikmati... SubhanAllah, cantik bumi Tuhan ni..ha..berpeluang menikmati keindahan alam tu dikira rezeki juga yer.. langit yg biru, rumput yg hijau.. awan larat serta air yg jernih,.. bukan ke semua tu `menyenangkan`...
tetapi, sumber rezeki ni terhad kepada yg sedar serta mahu mencari sahaja.. rugi ler sape yg xmooo..


8 september 2012
Outing kelambut aku,yg dsertai wani,ean erma,bad,daud,mok,nizam,sazali dan musa membawa kami ke lokasi yg mg kaya dgn 'Rezeki Dia'... pada mula nya.. tempat dituju sedikit hambar, dgn jerebu yg mengaburi gunung serta cuaca yg mendung.. tp,kenali aku.. udyhajianur..:P (poyo sket) ssh budak ni nk give-up.. kental gitu semangat dia dlm mencari rakaman bermemori.. :P pencarian ke sedikit pedalaman membuahkn hasil.. rezeki kami, pertama kali melihat persekitaran sedemikian.. 
SubhanAllah, ayat pertama yg keluar.. tersenyum dan mula gelojoh melayan keindahan Tuhan ketika itu..

eh eh eh...sebelum terlewat

“Bila kita melihat keindahan alam… apa yang kita ucapkan?”,
Doa melihat alam:
Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”
Ali ‘Imran 3: 191




rumput yg menghijau.. ha.. rare rumput nie, sbb lokasi ni sebenarnya adalah dasar tasik yg surut bebulan lalu..jadi rumput yg tumbuh mg subur.. serangga serta kicauan burung yg menjadi latar belakang bunyi pemandangan ini,
mcm dlm set pengambaran bukan? ha.. real punya..
rezeki kn.. berpeluang ke tempat sebegini..



skuter besi comel ni dah sinonim dgn si wani.



Rumput yg kontra buat wani lagi menyerlah..
sama cantik, hey.. memiliki rupa yg cantik pun rezeki juga..



Terpanggil dgn kenyataan kak ija yg dia kongsi.. "antara mata yang Allah suka adalah, Mata yang melihat keindahan alam lantas terus berzikir ke atas`Nya'...
jadi..photog yg cap ayam or pro, kalo tgk pemandangan yg cantik kt luar sane.. x salah kalo kita amalkan dengan mensyukuri serta
menyebut SubhanAllah, kemudian klic klic... :)
berfoto dan beramal.. kool ko jah..






Monday 3 September 2012

Jom... Org bawak u jalan...

kampar perak...
option nk kesana.. by moto, keto.. train dan bus..
lecehnya kalo pekan lama ni.. jalan sempit, busuk, tp..
kampar nie.. ade tarikan pada aku..

Mengajak si dia ke sana. hihihi..


"jom ikot org JALAN".. 
hihih destinasi yg masih subjektif, tapi.. seperti biasa. she always say yes to me.. 
"jom" ( dgn mate bersinar acah2 anime )...

Instead of taking car, moto or train aku pilih bas..
so seawal 9 am berpack-bag-kn kamera, meredah perjalanan 45minit bus, 
dan sampai disana..... :P berjalan kaki hampir sejam setengah untuk sampai ke destinasi, 


Memey aku bawak Dia 'BERJALAN' pong..
sambil berjalan,menoleh jugak kebelakang.. curi tgk si dia.. berkerut dahi dia, penat.. aku paham.. mendaki bukit kan.. tp sebaik dia perasan aku mencuri pandang si Dia.. automatik die senyum melebar.. bertanya is she okay ke tak,..
hinggap ler sedas dua penampar kt belakang aku as her answer to my question and sbb 'mencuri pandang Dia'...
Senyum dia.. meleret buat beberapa minit.. sebelum kami ralit melayan laluan hutan kiri dan kanan,
segar lagi katelog otak aku untuk mengambarkn mate besar dan sengih hingga ke telinga si Dia...

Masa Pantas belalu...
walau masih segar dlm ingtan.. drama pendek kami disana sudah betahun lalu..
rinduu, Tuhan je yg tahu... 'mengadu agar hati bawa aku pergi ke saat itu'..

2sept2012..
pelan lasminit aku kesana, berterima kasih kepada rakan2 yg sudi teman, hihi pasti mereka xtahu antara tujuan kesana aku.. bermandi manda yg jelas aku gambarkn kepada mereka.. xde sudah cara aku nk lawan rasa rindu aku... kesana agar terubat sedikit aku.. 



lokasi yg sama aku potraitkn si Dia..
gambar seri, tapi tidak sama seperti dahulu..  
hanya Dia yg tahu apa yg aku mahu.. setiap rakaman, tak pernah keras tak pernah layu..







kaki bawa ku pergi,
yakin masa tak akan kembali,
memori jelas tidak ditukar ganti
alhamdulillah kesana, cukup buat aku terus berdiri..





erma, budak ni bukan si 'Dia' aku yer... 
pic taken mase perjalanan nk ke Batu Berangkai - Kampar













Tuesday 14 August 2012

 a cup of coffee, happy and dizzy..


nti ler cite.. maleh pulok..

How much u willing to pay for happiness

Part Of us

Jadi, berapa anda sanggup bayar untuk sebuah kebahagiaan,.. jika wang jadi nilai harga,. pasti aku letak kesemua yang ada demi nya.. tetapi, perspektif bahagia kami bukan dari sudut wang ringgit, mak and abah xgunakan wang ringgit untuk membahagiakn kami adik beradik.. hanya kasih sayang dan perhatian yg mendidik... 
hey.. kami bahagia sekeluarga..


beserdehana dalam setiap pekara.


bibi..


man..

xdapat nk selitkn kesemua ahli kami.. mungkin dilain masa.. raya perhaps..:P


How much u willing to pay for happiness

PART TWO

Bila, wang serta kemewahan bukanlah segalanya,.. berkumpul bersama ahli keluarga kami cukup membahagiakn kami.. minggu kedua ramadhan 2012, aku berkesempatan balik ke Ipoh serta berbuka puasa besama buah hati aku.. kali ni.. destinasi yg direka Emak adalah di jeti lumut perak.. almost 2 hours journey dari rumah kampung. hihi tempat beriftar bukanlah di restoran mewah mahu pon hotel berbintang,.. "kita bentang tikar tepi laut, oke x udy?".. hihi ayat mak yg buat aku tersenyum...


ha. todia, tepi laut sungguh.. 
beli kepchi dah, ajak duk dlm tu..
Dia xmoo.. 
dia nk duk tas tikaq jugak..

sementara menunggu waktu berbuka, sempat berjalan sekitar jeti, hihi rezeki mata, cuaca sebegini jarang sekali, skill foto xseberapa mampu merakam sebegini sahaja..

Alhamdulillah, berbuka puasa bersama buah hati sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam, ha.. kalo dok dalam resotran or hotel..tak akan berpeluang melihat pemandangan sebegini, tuhan beri rezeki dan nikmat dalam pelbagai bentuk dan sumber yg tidak dijangka.. 

bejalan sekitar jeti sesudah berbuka,.. hihihi cantik sebenarnya cuaca pada hari ni.. bahagia bukan? berpeluang melihat pemandangan sebegini,.sekali lagi, ini semua nikmat rezeki `Dia`.. 

SubhanAllah,.. klik!klik!




How much u willing to pay for happiness

PART ONE

Bahagia, sgt subjektif pekara nye...

Alhamdulilah, sejak dari kecil,aku mengenal dunia, aku sudah merasa `bahagia`, aku punya keluarga, emak, abah, adik beradik yg ramai.. pada aku.. kami xperlu lain lagi pada masa itu.. kami hanya perlu satu sama lain.. dididik dari kecil, adik beradik jauh lebih penting dari kawan diluar sana.. ya.. mg kami 13 kesemuanya sgt rapat.. kalo naik bas, saling berpimpin tgn.. molek sungguh mak didik kami dulu.. 


my all time fav couple...
mereka `bahagia`.


Mak,pembaca tegar.. rumah kami xbesar, bilik juga secukup ruang sahaja, mak,dia kerap meghabiskan masa bersama dgn buku2 koleksi nya.. bilik kecil dia, dah boleh jadi mini perpustakaan, sejumlah wang mg akan digunakan membeli buku2..rata2 buku soal agama, buku yg berkisarkan khayalan duniawi ni xde kot.. yang aku lihat, selain dari gelagat anak2 dia..pada Emak`bahagia`,.adalah buku2 dia..

Abah,berasal dari keluarga berada, tapi dia tidak memilih untuk mewarisinya.. abah,bekerja keras demi membesarkan kami, bergaji kecil.. jadi keperluan harian agak terhad,.. balik dari kerja dia akan menyalin baju, mengendong guni berisi jala pergi mencari ikan buat mkn malam kami.. ikan laut atau ayam, jarang sekali merasa, mungkin bila abah dapat gaji.. duit secukup bulan, selainya rezeki yg dtg tidak disangka2.. pada abah, `Bahagia` dia bila dapat menyuap rezeki halal ke mulut anak2 dia.. duit bukan segala baginya..

Mak,abah..
material duniawi mg tidak diendahkan, membesarkan kami dgn sumber halal dan didikan yg sebaiknya cukup membentuk kami seadanya sekarang.. bahagia aku, bila melihat senyuman kedua buah hati aku ini,.. nikmat hidup aku serta semua yg aku kecapi hari ini atas berkat doa berpanjangan mereka.. semoga aku diberi kesempatan mem`bahagia`kan mereka pula.. amin...

Tuesday 31 July 2012

Sebalang Kebahagian

Sejak dari kecil.. 
Hidup serba kekurangan, Ramadhan adalah bulan yg penuh rahmat bagi kami. sbb pada bulan ni.. rezeki kami melimpah ruah.. alhamdulillah.. bnyak tangan yg menghulur.. selain baju pakai xkurang juga wang ringgit,.. rezeki kami datang dari pelbagi sumer yg tidak dijangka pon.. jadi persiapan Syawal ketika kecil dahulu tidak mewah.. tapi alhamdulillah sempurna..


Sedikit Dewasa kini,
Ramadhan, bulan yg paling aku nantikan.. jauh lebih bermakna dari syawal..
yele dah beso kan.. xgadoh nk raye sgt.. cumer bulan pose ni.. kne `mencari` lebih.. sbb nk menghulur pada yang patut.. pada aku.. xpayah berbaju serba baru pon xpe..  asal ade muka2 ceria yg bebahagia bile keperluan ber`Syawal` dapat dipenuhi..


Cukup Bagi Aku
aku, kalo beraya nie..bahagia aku cukup sekadar sebalang biskut kegemaran aku, dia tahu kegilaan aku..die tahu ape yg buat aku bahagia.. xpernah miss semenjak dia ada.. bermula dgn hangit, hingga sekarang..`famous amos` bukan lawan air tgn dia.. 


raya 2011, dah xde lagi biskut aku.. lepas ni pon.. dah tentu xde jugak.. Syawal dah tentu xsehepi dulu lagi.. syukur aku masih ada Ramadhan yg mengubati..




Dia janjikan sebalang choc chip biskot... 
mg setiap tahun hanya itu yg aku mahu, tapi kini,. 
janji tingal janji..



Wednesday 25 July 2012

Fire Works

gara - gara melayan video si katy perry nie


terbawak2 mood pink fireworks tu masuk dlm painting nie.. oke.. ni hasil org maleh oke.. layan jer...

Thursday 12 July 2012

What a Long Day

Hari Yang Panjang...
semalam.. selesai 4 hari berkursus di Hotel De palma kuala selangor.. its was okey lah.. tapi dek kerana jadual kursus yg padat.. serta terpaksa mengendong beban bag yg lebih dari sepuluh kilo kehulu-hilir, memang memenatkan... 

Bergegas Balik ke Pejabat...
skip my lunch smlm.. sbb dah berjanji dgn my sis.. nk cover her event, pelancaran 5S... alhamdulillah i make it on time, and dapat ler cover gambar event 5s dia, so as reward.. kakak i sorg tu yg baik hati.. sponsor belon2 yg menarik... maceh kak ija..

Si Wani Kaki Tido..
dah ade belon, tp xkan ler nk amek gmbar belon jer kn.. so decided to invite si budak wani nie jadi penyeri gmbo belon i.. kol punye kol..sekali dia tdo.. ishh..jenuh mujuk dia bangun, dari jam 4 lebih.. pukul 6 baru budak betuah ni siap..

ha.. ni budak baru bagun tido tu.. 
si wani yg cantik dari pelbagai sisi..

Two Minit Away..
hihihi.. sekali lagi. mengepao kakak i.. pinjam keto dia ntok g shoot.. klo ikot leh jln kaki jer tmpat nie.. tp yele.. sape nk gendong barang kamera, lighting and props kn.. kesian nk buli si wani ni lebey2..jadi.. sekali lagi.. terima kaseh kak ija..:P


max wenger konon... 

 hihihi.. teringat pada cerita `UP`.
tapi dlm cerita tu.. kne banyak lagi belon kn..

A long Day
yup.. mg its a long day.. tapi alhamdulillah.. penutup yg berbaloi, penat lenguh badan.. mg terbayar dpt capture such picture.. so.. sekali lagi.. thanz to boyot drive me to opis.. to kak ija for all.. and wani, sbb sudi bagun nk join my shoot.. hihihih... and thank most to `Him`...


Tuesday 26 June 2012

Setapak langkah.. Seluas Pandangan

Wang jadi Ukuran.. 
hihihih bila menafikan fakta diatas.. mg aku akan dilabel si hipokrit.. di bandar contohnya, semua melibatkn wang, semua perlukan wang.. jadi secara langsung ada yg mengukur kebahagian dgn wang ringgit..


Tag harga yg sgt subjektif bagi kita nilai,
Menjejakan kaki aku ke Tasik Temenggor hari minggu yg lepas atas tiket sebagai juru foto bagi merakam aktiviti lawatan pegawai pengurusan, melawat kehidupan di situ.. membuka pandangan kepada perspektif lain.. 


berapa banyak wang yg perlu untuk membeli senyuman mereka.

kehidupan yg jauh dari tuntutan meterialistik, pendidikan yang memakan perjalanan sehingga berjam2 menaiki bot serta akses jalan darat yg jauh terpinggir,.. shoping complex jelas tiada dlm kamus mereka.. apa yg mereka ada cuma dinding buluh, atap nipah dan berlantaikan tanah, tinggal pula di pulau yg dikelilingi air sahaja.. 

Duduk Bermenung Seketika,

bola setiap seorang.



Walaupun ianya hanya sumbangan bola terpakai ,tetapi jelas terpancar kebahagian dari mata mereka, senyuman yg bukan paslu dan xbole dibeli dengan wang ringgit...
Aku pernah lalui susah perit hidup miskin ketika kecil dahulu,tapi apalah sgt susahnya kami,dibandingkn dgn mereka ini.. 
Bila bahagia itu datang dari sujud, cukup dari yg sedikit..
Bila hati tak minta lebih,..

Setapak langkah.. Seluas Pandangan

bertapa selama ini aku sudah mengecap bahagia, cuma terkadang sifat kufur buat aku terus meminta2.. mencari kononya bergunung bahagia... setapak langkah aku ke sana, benar2 membuka mata aku tentang erti kehidupan dunia ini...




Monday 4 June 2012

What Makes Life Goes On

Mula mengorak

 Seawal penglibatan aku ke dunia seni visual nie.. fotografi adalah satu elemen yg sedikit asing bagi aku.. asing bukan kerana tiada minat.. cuma, bila berckp pasal fotografi, $$$$$$$....  ia mg memerlukan modal wang yg besar.. dengan keadaan aku yg berasal dari keluarga yg agak tegar miskin nya.. memiliki kamera adalah sesuatu yg mustahil pada masa itu, kerana banyak lagi keperluan yg lebih penting untuk dipenuhi.. jadi.. setiap bulan.. mg hampir tiada lebihan wang yg boleh disimpan untuk membeli kamera...

.. Tuntutan darah seni yg aku warisi mg perlu dilempiaskan.. 
jadi seni aku hanya lebih ke atas kertas.. pen dakwat dan kertas jauh lebih murah dibanding dgn kamera,. alhamdulillah, masih boleh berseni dgn modal yg kecil "cukup bila kita rase cukup"..(abah yg selalu pesan begitu). 


Beralih Arah...

 Sekitar tahun 2004 - 2008.. kertas pen dakwat, bukan lagi media seni aku.. setelah bekerja, aku dah mampu beli komputer.. ha.. pada masa itu, cenderung aku lebih kepada digital painting, cara berseni tradisonal, demi sedikit aku tinggalkn..kini bila sampai tahap jari sudah mula keras memegang pen dakwat dan kertas.. hihihi..

 hihihi.. antara hasil dari digital painting yg ada di galeri
 www.luudy.deviantart.com



Masa Merubah...

 Berlangsung nya Majlis Perkahwinan pertama dlm keluarga aku.. pada masa itu, kakak kedua aku (kak biah dah anak dua pon). kami, xmampu mengupah juru kamera, hanya yang ada pada masa itu adalah kamera filem roll yg dibeli last minit oleh akak aku... bermenung aku seketika, sbb pada masa itu.. diluar sana, sume kamera sudah digital,.. tapi apakan daya. itu sahaja yang termampu,satu roll filem 35mm diguna sebaiknya...'less is more' bak kata mak,sedikit itu bahagia bila kita syukur..dan disitu mula tekad aku untuk memiliki kamera sendiri.

 kian dewasa, aku dah punya kerja serta mampu memiliki kamera sendiri,mula berjinak dgn range amatur, hihihi.. segala simpanan dilabur ke minat aku ini.. Mengimbas kembali, alasan utama aku into fotografi adalah untuk merakam memori dalam masa yang sama harapan membuat nama serta label aku sendiri.

Apa yang buat kita terus hidup...


... Matlamat, niat kita dalam sesuatu pekara akan mendorong kita untuk terus berusha menjadi lebih baik sementara masih berpegang kepada tujuan asal kita, pada aku merakam gambar, bukan sekadar bagi tujuan yg bersifat bisnes sahaja, aku lebih kepada mencari kepuasan berfoto, melihat reaksi client respon kepada hasil kerja aku.. senyum sengih serta air mata yg ikhlas melihat detik manis mereka dirakam, jauh mengatasi nilai wang ringgit,..

aku percaya, ikhlas adalah kunci bagi berkarya,kunci kepada hati yg membuka perspektif serta nilai karya, selagi rakaman aku mampu membuat ramai yg tersenyum berbahagia.. aku akan terus kuat untuk `hidup`... InsyAllah...

si comel yg mencuri pandangan