Tuesday 26 June 2012

Setapak langkah.. Seluas Pandangan

Wang jadi Ukuran.. 
hihihih bila menafikan fakta diatas.. mg aku akan dilabel si hipokrit.. di bandar contohnya, semua melibatkn wang, semua perlukan wang.. jadi secara langsung ada yg mengukur kebahagian dgn wang ringgit..


Tag harga yg sgt subjektif bagi kita nilai,
Menjejakan kaki aku ke Tasik Temenggor hari minggu yg lepas atas tiket sebagai juru foto bagi merakam aktiviti lawatan pegawai pengurusan, melawat kehidupan di situ.. membuka pandangan kepada perspektif lain.. 


berapa banyak wang yg perlu untuk membeli senyuman mereka.

kehidupan yg jauh dari tuntutan meterialistik, pendidikan yang memakan perjalanan sehingga berjam2 menaiki bot serta akses jalan darat yg jauh terpinggir,.. shoping complex jelas tiada dlm kamus mereka.. apa yg mereka ada cuma dinding buluh, atap nipah dan berlantaikan tanah, tinggal pula di pulau yg dikelilingi air sahaja.. 

Duduk Bermenung Seketika,

bola setiap seorang.



Walaupun ianya hanya sumbangan bola terpakai ,tetapi jelas terpancar kebahagian dari mata mereka, senyuman yg bukan paslu dan xbole dibeli dengan wang ringgit...
Aku pernah lalui susah perit hidup miskin ketika kecil dahulu,tapi apalah sgt susahnya kami,dibandingkn dgn mereka ini.. 
Bila bahagia itu datang dari sujud, cukup dari yg sedikit..
Bila hati tak minta lebih,..

Setapak langkah.. Seluas Pandangan

bertapa selama ini aku sudah mengecap bahagia, cuma terkadang sifat kufur buat aku terus meminta2.. mencari kononya bergunung bahagia... setapak langkah aku ke sana, benar2 membuka mata aku tentang erti kehidupan dunia ini...




Monday 4 June 2012

What Makes Life Goes On

Mula mengorak

 Seawal penglibatan aku ke dunia seni visual nie.. fotografi adalah satu elemen yg sedikit asing bagi aku.. asing bukan kerana tiada minat.. cuma, bila berckp pasal fotografi, $$$$$$$....  ia mg memerlukan modal wang yg besar.. dengan keadaan aku yg berasal dari keluarga yg agak tegar miskin nya.. memiliki kamera adalah sesuatu yg mustahil pada masa itu, kerana banyak lagi keperluan yg lebih penting untuk dipenuhi.. jadi.. setiap bulan.. mg hampir tiada lebihan wang yg boleh disimpan untuk membeli kamera...

.. Tuntutan darah seni yg aku warisi mg perlu dilempiaskan.. 
jadi seni aku hanya lebih ke atas kertas.. pen dakwat dan kertas jauh lebih murah dibanding dgn kamera,. alhamdulillah, masih boleh berseni dgn modal yg kecil "cukup bila kita rase cukup"..(abah yg selalu pesan begitu). 


Beralih Arah...

 Sekitar tahun 2004 - 2008.. kertas pen dakwat, bukan lagi media seni aku.. setelah bekerja, aku dah mampu beli komputer.. ha.. pada masa itu, cenderung aku lebih kepada digital painting, cara berseni tradisonal, demi sedikit aku tinggalkn..kini bila sampai tahap jari sudah mula keras memegang pen dakwat dan kertas.. hihihi..

 hihihi.. antara hasil dari digital painting yg ada di galeri
 www.luudy.deviantart.com



Masa Merubah...

 Berlangsung nya Majlis Perkahwinan pertama dlm keluarga aku.. pada masa itu, kakak kedua aku (kak biah dah anak dua pon). kami, xmampu mengupah juru kamera, hanya yang ada pada masa itu adalah kamera filem roll yg dibeli last minit oleh akak aku... bermenung aku seketika, sbb pada masa itu.. diluar sana, sume kamera sudah digital,.. tapi apakan daya. itu sahaja yang termampu,satu roll filem 35mm diguna sebaiknya...'less is more' bak kata mak,sedikit itu bahagia bila kita syukur..dan disitu mula tekad aku untuk memiliki kamera sendiri.

 kian dewasa, aku dah punya kerja serta mampu memiliki kamera sendiri,mula berjinak dgn range amatur, hihihi.. segala simpanan dilabur ke minat aku ini.. Mengimbas kembali, alasan utama aku into fotografi adalah untuk merakam memori dalam masa yang sama harapan membuat nama serta label aku sendiri.

Apa yang buat kita terus hidup...


... Matlamat, niat kita dalam sesuatu pekara akan mendorong kita untuk terus berusha menjadi lebih baik sementara masih berpegang kepada tujuan asal kita, pada aku merakam gambar, bukan sekadar bagi tujuan yg bersifat bisnes sahaja, aku lebih kepada mencari kepuasan berfoto, melihat reaksi client respon kepada hasil kerja aku.. senyum sengih serta air mata yg ikhlas melihat detik manis mereka dirakam, jauh mengatasi nilai wang ringgit,..

aku percaya, ikhlas adalah kunci bagi berkarya,kunci kepada hati yg membuka perspektif serta nilai karya, selagi rakaman aku mampu membuat ramai yg tersenyum berbahagia.. aku akan terus kuat untuk `hidup`... InsyAllah...

si comel yg mencuri pandangan


Cinta, Kau bawa Aku Pergi..










Jauh Bejalan...

macam bese tajuk letop xnak kalah kan.. ha.. bese ler aku.. tapi updates kali nie xlari tajuk eh..

Tanggal 1st jun, Alhamdulillah...rakan sekerja Rahimy, selamat di Ijabkabulkn dgn pasangan pilihan nye.. Shahrul a.k.a. bob.. kwn aku sorg nie, die lecturer di Politek Sultan Azlan Shah, n laki die pomen kat Qatar airways,repair kapai terbang tu,.. jarang dok Msia pon, hihihi, 


xsempat nk bertanya cerita cinta depa, macam mana kenay dan bersetuju mendirikan rumah tangga bersama.. hihihi, gambaran yg mudah aku ungkapkan adalah... xkira dimana or siapa, 'cinta' will find its way..'Jodoh pertemuan itu kan rahsia Tuhan'.. jadi jika jodoh, 'cinta', dia akan bawa kamu pergi.. :P

Batu kikir, Aku Turutkan,..

demi merakam langsungnya detik cinta mereka dgn Sah nya, aku buat pertama kali nya aku menjejakan kaki ker Batu Kikir Negeri sembilan,.(lokasi rumah pengantin perempuan). pada mula nya diberitahu lokasi yg sepatutnya di Seremban bertukar ker Batu Kikir, berkerut dahi memikirkn kt mane ler tempat tu.. hihihi naseb ler ade pakcik google yg menunjukan maps ringkas mengambarkn kat mane ler area Batu kikir.. hihihi its 45minit dari senawang..

alhamdulillah, majlis meriah dan berjalan lancarnya,.. sgt berterima kasih kepada Pasangan SHAHRUL & RAHIMY serta ahli keluarga yang memberi layanan besh, makan dan penginapan..


Gambar di Teratak Za`ba..



Muzium mini Terata Za`ba ni.. terletak beberapa minit dari rumah pengantin perempuan, (Area batu kikir) sgt teruja sampai kesini..dengan interio acah acah rumah Minang, serta seni ukiran yg sgt besh..