Hari-hari ku..
Hari-hari mu..
Adakah terpadam sudah hari bersamaku?..
Adakah hari-harimu adalah hari-hari yang kita lalu dahulu?
Setiap nota terdetik namamu..
Setiap celik lihat wajahmu..
Setiap langkah ada kelibatmu..
Hati ini, Sudah dihantui kamu..
Al-fatihah Sekadar memujuk ditikar sejadahku..
Khayalku selalu ada kamu..
Kalo kelangit.. Yang biru itu kamu..
Kalo kepantai.. Pasir ombak itu kamu..
Kalo kemalam.. Bulan bintang itu ada cerita kamu..
Dapurku.. Yang menunggu meggi kari itu kamu..
Yang mencuri mug Tea O panasku.. itu kamu
Yang setia menuggu selesai makanku juga kamu..
Seni karyaku bernafas kerana ibu dan kamu..
Yang menjadi inspirasi jalan hidup itu kamu..
Yang menjadikan siapa aku kini juga kamu..
Lewat ini.. Kamu selalu menggangu aku..
Lewat ini.. Hari-hariku selalu kabur kelabu..
Lewat ini.. Seolah kufur menyalah takdir aku..
Hari ini.. Bermata merah bengkak aku xmalu..
Hari ini.. Berselekeh serabai tidakb bersepatu bukan kesahku..
Hari ini.. aku bergelap sebalik bayang bayang kamu..
No comments:
Post a Comment