Thursday 4 December 2014


 Melihat si comel begini, kadang mengingatakan aku kepada empat jahitan di dahi ini.. masih jelas kelihatan jika disingkap jatuh rambut didahi..
cerita yang disampaikan kepada aku ialah semasa kecil, dek kerana sukakan kucing sgt, pantang ade kucing je pasti aku peluk, semasa kejadian ketika itu dirumah nenek aku.. kucing jantan yg aku peluk bertindak ganas mencakar kepala, basah muka dengan darah dek luka yg terbuka..
sejarah yg aku pnh lalu itu tidak membuatkan aku membenci kucing, malah lebih sayang rasanya, selalu berasa geli hati bila melihat gelagatnya... terhibur dgn liburnya..
mungkin ini kerana terlalu sayangkan kucing, berkali dicakar diluka aku masih sayang lagi... atau mungkin lazim ape yang kita sayang akan sakitkan kita..
Dalam hidup seharian juga aku pilih yang baik sahaja,. melihat cerah dari setiap sisi pekara yang aku sayang..ajar hati terima yang baik serta tapis yg buruk..
Pada aku, esok-luas mati itu terlalu singkat untuk membenci dek kerana pekara yg tertakdir untuk kita..
Assalamualaikum si cinta jumaat..




No comments:

Post a Comment