Friday, 24 January 2014

atassegaladidiktegurajarmu...

aku kini rindu, pada satu nama yang berjasa, 
Tuhan beri kekuatan.. untuk mendidikku selamanya...




Wednesday, 22 January 2014

dipinjamkanhatiyangpenuhlukadisanasini..



Direnung jalan jalan yang aku lalu dahulu.. dgn batu liku dan samar semak yang mengajar aku apa perlu untuk menghiraukan apa didepan aku sedang yang datang itu pasti dan yang aku lalu itu pergi dengan memori...

aku, dari silamku masih lagi belum disuruh pergi.. setiap kali.. aku yang pasti angkat kaki, bukan mengalah.. tapi atas dasar sedar diri dan tahu setahan mana hati ini..

hari ini aku sedar.. hati semakin membatu tuli.. keras dek kerana aku jarang sekali menoleh apa yang aku tinggal pergi, yang tinggal kini hanya bekas pahat yang dihentam semasa aku buka hati ini..

kadang merungut lepas bukan bererti aku mahu yang lepas datang kembali, cuma peringat diri yang datang mungkin juga akan tercicir disana sini dek kerana aku memang cuai sekali, dua kali dan berkali-kali hingga kini..

dari sekian hingga kini aku tahu.. memang tawar itu isi penuh dalam hati ini, xminta sesiapa penuhi, cuma perlu masa bawa diri, mungkin ombak boleh buat aku lali, mungkin pasir tutup luka-luka ini.. dan berharap angin bawa pedih ini pergi..












Thursday, 16 January 2014

Dia n kamu.. Jurang dgn yang lain



Kalau dahulu, duduk ralitnya melayan telatah si adik adik.. Dia pandai mengambil hati, memang magnet kepada budak kecik,.. Aku dari satu sudut memerhati dan menyoal diri, apa aku layak untuk berdiri setara disisi dia.. Sesekali dia akan menoleh ke arah aku.. Sinar matanya ketika itu jelas ada refleksi aku di anak mata hitamnya dan lirik manis senyum dia, hampir mustahil bg aku lupa hingga hari ini.. 

Akhir kali bertemu, matanya masih lagi jelas refleksi aku didalamnya, cuma kali itu, ianya jelas dek kerana putih matanya merah dan lebih bersinar kerana mengalir lebih dari biasanya..

Kini, seakan sukar menerima pekara itu adalah memori, terasa semalam ianya sebuah mimpi, tanpa butang reset, cebisan memori itu kekal jauh didalam hati ini,.. 

Sesekali, aku buka hati ini biar diisi yang lain,. Rata mereka, cenderung meluka, hingga pedih luka itu mengundang kembali memori lama..

Seringkali melihat org yang datang mendampingi.. Aku cuba melihat refleksi diri dalam mereka.. Rata mereka, samar-samar sahaja.. Yang datang dengan belati, ada yang singgah bermain tali, tak kurang yang datang hanya cuma mencari cari..

Hati ini.. Dah ku simpan jauh disudut yg perinchi.. Permukaannya kini hanya sisa tawar dari memori.. Jika sekadar mencuba, sila pergi.. Jika masih mencari, sila angkat kaki.. Aku jelas sekali tak perlukan sesiapa untuk pujuk hati ini..

Thursday, 2 January 2014

Pembuka bicara

Hati itu di zahirkan dengan peribadi,..
didik hati agar sentiasa berangapan baik, jika ada buruknya, teguran itu lebih mulia tanpa niat aib mahupun berbesar tuturcaranya, jika merasa kelebihan yang ada pada diri jgn memandang kurang pada yang lain sebagai cela buah mulut kita, kurnia, deria semua adalah pinjaman daripadaNYa,

Peribadi itu cermin hati kita,. jika hitam, berhemburlah busuk bicara dari mulutnya.. jika rosak kerap kali tempang dari segala perilaku harianya.. dan jika keras, tiadalah yang benar melainkan dirinya sahaja..

Dan bila kita menghukum bagai 'maksum' itu bukan hanya bagi nabi kita, dari saat itulah terdetik titik keras hitam busuk dihati kita membawa kita kepada sifat 'mazmumah' yang tercela

“Demikianlah Allah mengunci mati pintu hati mereka yang sombong, lagi bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya.” (Surah Ghafir 40 : 35)

Tiada satu pekara pun didunia ini milik kita,
Jika meninggi, dimana pijaknya kita..
Jika bermegah, siapalah kita..

Jaga hati, jaga diri, Jangan sampai nanti, hati kita dikunci mati..
Salam Jumaat pertama 2014 ini
moga penuh Cinta dan Cherita hati..