Friday, 17 May 2013

Kadang terkial-kial.. mengapai.. berjalan tanpa arah..
merenung depan dengan kabus-kabus samar...
Tujuan, bukan lagi utama dalam hidup ini...

kalau sendiri, kepala hanyut terbawa kisah lama.. 
kadang gembira.. kadang menghantu.. disitu manis, disitu juga duka hidupku.. kalau aku terus merintih.. hati, pasti akan terus keras, kaku dan membatu...

sayangnya tuhan, simbahi nur melalui pendampingku.. tidak terus bergelap hati ku.. apa yang aku lalu, tidaklah seperit yg mereka diluar sana lalu.. aku tahu.. tuhan dampingkan aku dgn mereka agar aku lebih bersyukur dan tahu bertapa kufurnya aku akan nikmatnya terdahulu.. pesan hatiku.. bersyukurlah selalu.. sementara nikmat dunia masih dipinjamkan Nya..



'DAUD' antara wajah yg selalu bagi kekuatan pada aku.. ajar aku apa itu syukur.. kerana setiap kali aku berduka.. jelas mengambarkan yang aku sangat kufur dgn nikmat Nya..

Jadi, dimana hari aku terleka, meratap sedih menyalah takdir.. bila tersedar kembali, aku jadi malu.. sebab Tuhan berikan semua apa yang aku perlu, cuma aku lalai. sendiri melepaskan pinjaman Nya dan meratap semula.. :)

Kini, parut sakit lama, bukan lagi alasan untuk terus merintih,.. semua tingal manis, semua yang lepas adalah alasan untuk aku terus kuat melalui hadapan.. hari-hari aku kini diiring senyum gembira.. kerana kini aku tahu.. menghargai lebih bernilai dari dihargai.. jadi keluarga, rakan dan 'buah hati'.. mereka senarai teratas bagi aku.. kepentingan aku beralih kepada mereka.. 
jelas, ini buat hari-hariku lagi cerah bersinar gembira..
jelas, ini buat aku lebih bahagia...








2 comments:

  1. Yes. Bila kita sedih, sbnrnya kita tidak bersyukur dengan nikmay allah kan..

    Hmm x pernah terfikir pun udi orang yg sedih dulu . maaf, mungkin sy sahabat yg ignorant dulu..x mendengar dengan baik. .
    But if you want to talk, i am all ears :))

    ReplyDelete
  2. terima kasih waz.. today udy cover wedding task.. pengantin muka miri u...

    ReplyDelete