Tuesday 26 June 2012

Setapak langkah.. Seluas Pandangan

Wang jadi Ukuran.. 
hihihih bila menafikan fakta diatas.. mg aku akan dilabel si hipokrit.. di bandar contohnya, semua melibatkn wang, semua perlukan wang.. jadi secara langsung ada yg mengukur kebahagian dgn wang ringgit..


Tag harga yg sgt subjektif bagi kita nilai,
Menjejakan kaki aku ke Tasik Temenggor hari minggu yg lepas atas tiket sebagai juru foto bagi merakam aktiviti lawatan pegawai pengurusan, melawat kehidupan di situ.. membuka pandangan kepada perspektif lain.. 


berapa banyak wang yg perlu untuk membeli senyuman mereka.

kehidupan yg jauh dari tuntutan meterialistik, pendidikan yang memakan perjalanan sehingga berjam2 menaiki bot serta akses jalan darat yg jauh terpinggir,.. shoping complex jelas tiada dlm kamus mereka.. apa yg mereka ada cuma dinding buluh, atap nipah dan berlantaikan tanah, tinggal pula di pulau yg dikelilingi air sahaja.. 

Duduk Bermenung Seketika,

bola setiap seorang.



Walaupun ianya hanya sumbangan bola terpakai ,tetapi jelas terpancar kebahagian dari mata mereka, senyuman yg bukan paslu dan xbole dibeli dengan wang ringgit...
Aku pernah lalui susah perit hidup miskin ketika kecil dahulu,tapi apalah sgt susahnya kami,dibandingkn dgn mereka ini.. 
Bila bahagia itu datang dari sujud, cukup dari yg sedikit..
Bila hati tak minta lebih,..

Setapak langkah.. Seluas Pandangan

bertapa selama ini aku sudah mengecap bahagia, cuma terkadang sifat kufur buat aku terus meminta2.. mencari kononya bergunung bahagia... setapak langkah aku ke sana, benar2 membuka mata aku tentang erti kehidupan dunia ini...




2 comments:

  1. wow...i bet this was an amazing experience..

    ReplyDelete
  2. sgt waz... hiihih lepas tu.. i sedekah my 2weeks camera kedalam tasik...

    ReplyDelete