Monday, 4 June 2012

What Makes Life Goes On

Mula mengorak

 Seawal penglibatan aku ke dunia seni visual nie.. fotografi adalah satu elemen yg sedikit asing bagi aku.. asing bukan kerana tiada minat.. cuma, bila berckp pasal fotografi, $$$$$$$....  ia mg memerlukan modal wang yg besar.. dengan keadaan aku yg berasal dari keluarga yg agak tegar miskin nya.. memiliki kamera adalah sesuatu yg mustahil pada masa itu, kerana banyak lagi keperluan yg lebih penting untuk dipenuhi.. jadi.. setiap bulan.. mg hampir tiada lebihan wang yg boleh disimpan untuk membeli kamera...

.. Tuntutan darah seni yg aku warisi mg perlu dilempiaskan.. 
jadi seni aku hanya lebih ke atas kertas.. pen dakwat dan kertas jauh lebih murah dibanding dgn kamera,. alhamdulillah, masih boleh berseni dgn modal yg kecil "cukup bila kita rase cukup"..(abah yg selalu pesan begitu). 


Beralih Arah...

 Sekitar tahun 2004 - 2008.. kertas pen dakwat, bukan lagi media seni aku.. setelah bekerja, aku dah mampu beli komputer.. ha.. pada masa itu, cenderung aku lebih kepada digital painting, cara berseni tradisonal, demi sedikit aku tinggalkn..kini bila sampai tahap jari sudah mula keras memegang pen dakwat dan kertas.. hihihi..

 hihihi.. antara hasil dari digital painting yg ada di galeri
 www.luudy.deviantart.com



Masa Merubah...

 Berlangsung nya Majlis Perkahwinan pertama dlm keluarga aku.. pada masa itu, kakak kedua aku (kak biah dah anak dua pon). kami, xmampu mengupah juru kamera, hanya yang ada pada masa itu adalah kamera filem roll yg dibeli last minit oleh akak aku... bermenung aku seketika, sbb pada masa itu.. diluar sana, sume kamera sudah digital,.. tapi apakan daya. itu sahaja yang termampu,satu roll filem 35mm diguna sebaiknya...'less is more' bak kata mak,sedikit itu bahagia bila kita syukur..dan disitu mula tekad aku untuk memiliki kamera sendiri.

 kian dewasa, aku dah punya kerja serta mampu memiliki kamera sendiri,mula berjinak dgn range amatur, hihihi.. segala simpanan dilabur ke minat aku ini.. Mengimbas kembali, alasan utama aku into fotografi adalah untuk merakam memori dalam masa yang sama harapan membuat nama serta label aku sendiri.

Apa yang buat kita terus hidup...


... Matlamat, niat kita dalam sesuatu pekara akan mendorong kita untuk terus berusha menjadi lebih baik sementara masih berpegang kepada tujuan asal kita, pada aku merakam gambar, bukan sekadar bagi tujuan yg bersifat bisnes sahaja, aku lebih kepada mencari kepuasan berfoto, melihat reaksi client respon kepada hasil kerja aku.. senyum sengih serta air mata yg ikhlas melihat detik manis mereka dirakam, jauh mengatasi nilai wang ringgit,..

aku percaya, ikhlas adalah kunci bagi berkarya,kunci kepada hati yg membuka perspektif serta nilai karya, selagi rakaman aku mampu membuat ramai yg tersenyum berbahagia.. aku akan terus kuat untuk `hidup`... InsyAllah...

si comel yg mencuri pandangan


4 comments:

  1. perjalanan kehidupan yang menarik. nak follow jugak boleh tak ??

    ReplyDelete
  2. boley jer.. amek yg best past jer oke..

    ReplyDelete
  3. fuyohhh jejak langkah abg udy.
    haha :)

    ReplyDelete