Thursday, 26 June 2014

Baju baru


Gile!!!.. Tempik man sambil meluru keluar dari kedai runcit,..  Dia yang sebelumnya dibelakangku selelip mata sudahpun berada disudut luar kedai..  Aku dengan terpingga-pingga meletakan balang gula2 yg dipeluk pergi mendapatkan dia yg kelihatan mengomel, marah mungkin..

 "Kenapa man?" Soal ku..
" pakcik kedai tu gile!" jawapnya.. 
Aku menjeling pakcik kedai tu sambil berkerut memerhatikan apa betul dia gila.. Kelihatan tersengih pakcik tu.. Ahhh, sudah.. Sah gila pakcik ni..

Bersuara pakcik td.. 
"Pakcik tanya adik kamu tu, pakai seluar ke? Tiba2 dia marah" 
Aku menoleh ke arah man melihat dia yg berbaju besar londeh dibahu dan labuh hingga ke paras lutut.. Sebelum keluar dari rumah td aku tahu dia hanya berseluar kuning lusuh feberetnya dan baju yang dipakainya adalah 'baju baru'.. Yg kami dpt..

semalam.. 
Baju baru.... "Mak!, Baju!..Baju .. Org rumah dpn nun bagi baju ler mak" jerit kami kepada mak yang sedang menyapu dilaman rumah.. Sambil mengendong bungkusan sorang satu., bungkus plastik td diletak diruang dpn rumah, bertinggung tunggu emak buka bungkus plastik itu.. 

Berebut kami bila emak buka bungkusan td. Baju yg dicapai, Itulah yg akan dipakai nanti.. Jadi bila baju org bagi.. Saiz bukanlah jadi hal lagi.. Yang pasti seronok, 'habis hati' bila memeluk helaian 'baju baru' kami.. 

Tanpa gigi kami tersenyum, berlari ke bilik mandi.. Selesai nanti bolehlah mencuba 'baju baru' tu nanti..  

Jadi istilah 'baju baru' kami adalah bungkusan dari pagar rumah pakcik n makcik yang baik hati...

Zaman kecil kami, dibaluti dgn ehsan hati-hati yang sgt suci.. Dengan tangan-tangan yang sudi memberi.. 
Jika dihulur wang ringgit.. Mak didik hanya terima bila ditukar dengan keringat kami..

Hari ini, pimpin tangan man ke kedai berbekalkan 50sen upah basuh motosikal atok sebelumnya tadi.. 
Pakcik kedai tadi menegur kerana 'baju baru' yg dipakai kami yang besar londeh hingga tidak menampakan seluar pendek kami.. Padahal keluar rumah tadi masing2 berbangga dgn 'baju baru' sendiri.. 

Ketika itu langsung tidak mengerti.. 

'Baju baru' dan nilai 50sen yang ditukar kepada gula2 dan ais-pop cukup buat kami hepi.. Jadi, man hanya menunggu di luar kedai. Aku taburkan gula2 dgn nilai 40sen di meja kaunter kedai tu bersama sebatang ais pop yg kemudian aku patahkan beri separuh kepada man..kami pulang kerumah tanpa mengendahkan gurauan pakcik td.. Langsung lupa sebab hepi sudahpon menyelubungi hati kami..
Dewasa kini.. Aku sedar bahagia dulu atas kerana ada hati-hati yang mahu memberi.. Moga hingga nanti dilimpahkan rezeki agar masih mampu menjadi tangan yang memberi.. 

Jumaat dan cerita cinta si baik-hati.. 

No comments:

Post a Comment