Nekad kufur nikmat..
Selepas jari kanan aku patah akibat dirempuh sipemandu mabuk dan pelbagai rintangan di studio grafik.. Merajuk buat aku Nekad tinggal dunia visual. Bertahun aku lari dari buat sebarang kerja visual.. aku Buruh binaan,kuli pasar borong serta macai di kedai..
Ya.. Pelbagai kerja aku buat, sehinggalah satu hari emak bersuara. "Udy, carilah kerja lain".. Huh? Hairan kerana pada masa itu gaji harianku sebagai buruh bukan kecil.. dan tanpa modal pelajaran tinggi.. Aku punya kudrat tenaga sahaja berbanding skill..
"Emak tau anak mak ramai ikot darah abah (seni)." "Xpe.. Mak doakan kamu dapat keje lukeh lukeh nanti" Aku pada masa itu sedikit sinis mendengar pekara itu..
Dan bila Doa itu dari seorang ibu yang tahu ape terbaik bagiku, bertahun aku cuba buktikan emak salah,.. aku, akhir akur. doa emak lagi hebat dari usaha ku, Rezeki ku kini sebagai pereka dalam sektor awam,. Seni itu darah yang mengalir dalam darah kamu..
bila aku bermenung kembali, aku sedar apa yang emak cuba sampaikan.. 'Kurnia tuhan itu jangan disia-siakan'.. Aku sedar sebelum in aku kufur nikmat tuhan beri ini.. Aku tolak kurniaan Dia beri.. Jelas Perbuatan aku itu angkuh sekali..
Terima kasih emak, secara halus dia mengingatkan aku,.sedar aku Tentang kufur.. tentang nikmat yang aku ketepi.. berkat sungguh doanya emak xhenti-henti buat si buah hatinya ini..
Dan kini walau grafik visual mainan hari hari.. Aku pasti mencari ruang untuk melentur jari menconteng konon seni,.
Kerana bila melukis..
Aku rasa seperti emak dekat disisi..
Aku mahu emak tahu pensil dan kertas lukisan yang emak beli dulu xpernah sia-sia.
Dan Aku mahu emak tahu yang dia betul selama ini..
Nekad kini penuhi doa emak selama ini..
Jemari seni, emak dan cerita cinta jumaat ku lagi.
No comments:
Post a Comment