Friday, 28 March 2014
Tuesday, 18 March 2014
Talapia longkang
"Talapia? Ikan longkang tuuuu, xlalu nk makan".. Statment yg menyingkap terus ke jendela memori lampauku..
Seharian bertahan disekolah. Tanpa wang saku harian memang buat aku kelaparan.. Perut biasanya kembung dengan meneguk air pili.. Sebaik tiba dirumah. Menanggal kasut terus meluru ke dapur, menjenguk menu masakan mak..
Asam pedas. Sambal tumis atau goreng kunyit.. Itu antara menu hari2 kami, bertukar2 cuma yg tidak ditukar adalah ikan.. Talapia. Setiap hari. Bukan kerana suka. Cuma itu sahaja yg ada..
Jam 5.30petang akan kedengaran bunyi skuter besi .. Abah balik dari kerja (hospital) biasa disambut emak, dan diteman melapik perut sebelum abah menyalin baju dan terus mencapai karung guni berisi jala..(jaring ikan)..
Sungai raya.. Air terusan dari hulu keramat pulai.. Biasa abah akan memangil anak lelaki nya untuk meneman dia ke sungai untuk mencari lauk.. Lampam. Keli. Sebaroo tu sikit.. Biasanya karung ikan akan penuh dgn Talapia..
Bukan hobi abah menjala.. Tp setiap hari dia perlu mencari lauk buat mengisi 12mulut buah hatinya.. Dgn gaji kecil abah. Hampir mustahil untuk membeli lauk harian di pasar.. Jadi abah, sifatnya mg tidak meminta2.. nekad dia, usaha sendiri, yakin dia percaya pada setiap buah hatinya sudah tertulis rezeki tetapan Nya..
Alhmdulillah, kami membesar tanpa perlu mengemis, 12beradik masih bersama.. Dan darah daging kami membesar dgn Talapia.. Sbb itu menu harian kami.. Rezeki halal yg Abah cari buat kami sempurna membesar dewasa..
Berkaca mata mengenang yang Abah dgn sifatnya begitu mulia dan emak yg selalu setia bersama membesarkan kami semua.. Korban mereka masih dalam senyum gembira..
Dan bila wayang memoriku terhenti..
Aku sedar pelbagai pekara..
Aku sedar, malu meminta-minta..
Aku sedar, hina merungut derita..
Aku sedar, rezeki itu rahsia dan janji Nya..
Sudah ditakdirkan Talapia longkang itulah yang jadi darah daging kami sekeluarga.. Aku bersyukur dan bangga.. Sebab rezeki kami itu dari perit abah pergi menjala.. Mata ini bersaksi keringat abah jatuh ke bahunya..
Dan bila di'longkang'kan ikan Talapia di dalam pingganku.. Merah mata ini, bukan bermaksud marah.. Ianya deraian memori bahagia yang nanti jatuh di pipi..
Jumaat.. Talapia.. Dan cerita cintaku lagi..
Nekad kufur nikmat..
Selepas jari kanan aku patah akibat dirempuh sipemandu mabuk dan pelbagai rintangan di studio grafik.. Merajuk buat aku Nekad tinggal dunia visual. Bertahun aku lari dari buat sebarang kerja visual.. aku Buruh binaan,kuli pasar borong serta macai di kedai..
Ya.. Pelbagai kerja aku buat, sehinggalah satu hari emak bersuara. "Udy, carilah kerja lain".. Huh? Hairan kerana pada masa itu gaji harianku sebagai buruh bukan kecil.. dan tanpa modal pelajaran tinggi.. Aku punya kudrat tenaga sahaja berbanding skill..
"Emak tau anak mak ramai ikot darah abah (seni)." "Xpe.. Mak doakan kamu dapat keje lukeh lukeh nanti" Aku pada masa itu sedikit sinis mendengar pekara itu..
Dan bila Doa itu dari seorang ibu yang tahu ape terbaik bagiku, bertahun aku cuba buktikan emak salah,.. aku, akhir akur. doa emak lagi hebat dari usaha ku, Rezeki ku kini sebagai pereka dalam sektor awam,. Seni itu darah yang mengalir dalam darah kamu..
bila aku bermenung kembali, aku sedar apa yang emak cuba sampaikan.. 'Kurnia tuhan itu jangan disia-siakan'.. Aku sedar sebelum in aku kufur nikmat tuhan beri ini.. Aku tolak kurniaan Dia beri.. Jelas Perbuatan aku itu angkuh sekali..
Terima kasih emak, secara halus dia mengingatkan aku,.sedar aku Tentang kufur.. tentang nikmat yang aku ketepi.. berkat sungguh doanya emak xhenti-henti buat si buah hatinya ini..
Dan kini walau grafik visual mainan hari hari.. Aku pasti mencari ruang untuk melentur jari menconteng konon seni,.
Kerana bila melukis..
Aku rasa seperti emak dekat disisi..
Aku mahu emak tahu pensil dan kertas lukisan yang emak beli dulu xpernah sia-sia.
Dan Aku mahu emak tahu yang dia betul selama ini..
Nekad kini penuhi doa emak selama ini..
Jemari seni, emak dan cerita cinta jumaat ku lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)