Monday, 20 October 2014

Mereka yang rugi.


قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ..

(103) Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (104) (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". 

Al- kahfi 103-104





Thursday, 16 October 2014

Cinta Jumaatku tertinggal di Kinabalu..


  Rutin aku adalah mengayuh roda 20 inci sejauh 30km harian, itu adalah minimum jarak pergi balik dari simpang pulai ke ipoh.. kegilaan untuk mencari keseronokan bermain park membuatkan jarak sebegitu menjadi kebiasaan bagi aku, walau secara warasnya org akan kata aku gila, kerana suka, ia jadi biasa... Alhamdulillah, dengan sedikit bakat tuhan berikan dan latihan harian, pernah lah merasa menang di satu dua pertandingan. pada ketika itu.. nikmat hanya dirasa bila memenangi pertandingan sahaja, tidak terpikir bahawa bakat dan kesihatan itu nikmat paling bermakna yang tuhan beri sementara.. tahun 2008, pertandingan di kedah.. aku jatuh dgn kecederaan retak kaki kiri, balik ke ipoh aku sah mengidap batu karang dan minggu hapadanan sakit kronik mata menyebabkan selaput mata menebal.. bagai ditimpa-timpa murka darinya.. pada ketika itu sedarlah aku selama merasa nikmat kesihatan yang diberikan nya.. aku lupa, nikmat pinjaman sahaja dan padanlah muka aku di tarik semua sekelip mata kerana ketika sihatnya aku angkuh tidak mensyukurinya...

  Selepas sembuh dari pelbagai dugaanNya. aku berhenti dari rutin berbasikal aku.. kehidupan yang dulunya konon cergas aku tinggalkan dan fokus mula kepada kerja, ia berlarutan lah sehingga kini... dari bersaiz 28, kini 36... dulu karung kapas 60kilo, kini berberat guni 100 kilo pasir.. tetapi alhamdulillah kesihatan baik, cuma shape lari sudah dan stamina makin menunrun.. 

  "udy, mau pegi Kinabalu ka?" pelawa Mc, pegawai sukan psas.. tanpa memikirkan stamina mahupun kesihatan diri aku terus jawap "ya".. tak tahu ape yang aku fikirkan masa itu sudahlah tidak pernah memanjat, hiking, trecking bagai.. lupa diri mungkin.. walaupun secara psikologi aku tahu aku mampu.. tapi mana mungkin stamina 7 tahun lalu masih aku punya.. aku ketika itu,.. tekad aku, tawakal sahaja.. 

  Laluan Mesilau, bersama juru photo Anur-production juga, Ashikin Soo. kami perlahan menempuh hampir 7 jam pendakian ke laban rata.. laluan ini lebih jauh berbanding laluan lazim dan turun naik yang mencabar.. tetapi laluan ini bersulam pemandangan dan air terjun yang cantik yang sedikit akan menghilangkan lelah didada. Penat atau tidak? dengan fizikal dan tiada pengalaman mendaki.. jawapnya, pastinya  kami 'meminta nyawa' disetiap anak tangga yang ada.. hanya tekad sahaja buat kami terus mendaki.. selamat kami sampai ke laban rata tanpa sebarang kecederaan.

  Jumaat, sedari 2.30pagi aku menunggu di guting lagadan hampir jam 3:00pagi baru kelihatan kelibat ashikin soo yang bermalam di laban rata berjalan di belakang kumpulan pendaki dari korea yang biseng dan perlahan mendaki.. tersangkut kami dalam situasi bumper to bumper yang bergerak perlahan.. sehinggalah di laluan bertali baru kami dapat memintas.. di cek point sayat-sayat jam 4pagi kelihatan langit yang gelap sesekali dipercik cahaya petir jauh disebalik awan.. melepasi papan tanda 8kilometer angin basah sudahpun kuat memukul muka.. hanya sempat mengenakan baju hujan ashikin soo sahaja.. hujan turun beserta angin kuat, baju hujan aku pakai dalam keadaan yang sudah lenjun.. berjalan beberapa langkah aku dipukul lagi angin kuat menyebabkan baju hujan td koyak.. dgn hanya memegang baju hujan koyak td rapat ke badan aku terus mendaki.. kedengaran suara guide mengarah berpatah balik.. tekad aku akan sampai puncak juga, aku endahkan dgn terus mendaki dan bermula di batu 8.5kilometer aku sudah pon berlari tanpa memikirkan licin dan bahaya.. 

  hujan makin kuat, kelihatan kelibat rakan dihadapan dan ada yang berselisih turun dari puncak.. tiada lagi penat mahupun sejuk ketika itu.. puncak didepan mata sahaja buat rasa terbayar semua penat.. sejurus itu.. kami turun.. hanya sampai hampis di batu tanda 8.5km, hujan sudah pon berhenti.. jam 5lebih sudahpon terang.. kami dibelanja sedikit matahari mencelah ditepi puncak menampakan persekitaran puncak kinabalu,sempat bergambar beberapa minit.. SubhanAllah.. cantik sgt.. ketika itu hanya sempat melafazkan doa.. 

"Wahai Tuhan kami, Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Ali ‘Imran 3: 191


  Alhamdulillah, Jumaat,.. 3 oktober 2014, diberi kesempatan melihat keindahan ciptaanya di puncak kinabalu ,terasa kerdil sgt kita disisi Nya berada di atas ketika itu, aku bersyukur sgt dipinjamkan nikmat mata melihat, nikmat sihat memanjat dan di kuatkan hati dgn semangat untuk melihat kebesaran tuhan.. aku tahu.. aku pernah mengecap nikmat sehat yang lebih bagus dahulu.. tapi tanpa syukur aku diuji tuhan.. kini masih kufur, aku berharap dapat belajar sentisa berterima kasih kepadaNya.. 


 " Iyyaka na`budu wa iyyaka naasta'inn" 
doa pesan buat tersayang jika penat atau tidak larat.. 

Jumaat jatuh cinta lagi..