Tuesday, 14 August 2012

 a cup of coffee, happy and dizzy..


nti ler cite.. maleh pulok..

How much u willing to pay for happiness

Part Of us

Jadi, berapa anda sanggup bayar untuk sebuah kebahagiaan,.. jika wang jadi nilai harga,. pasti aku letak kesemua yang ada demi nya.. tetapi, perspektif bahagia kami bukan dari sudut wang ringgit, mak and abah xgunakan wang ringgit untuk membahagiakn kami adik beradik.. hanya kasih sayang dan perhatian yg mendidik... 
hey.. kami bahagia sekeluarga..


beserdehana dalam setiap pekara.


bibi..


man..

xdapat nk selitkn kesemua ahli kami.. mungkin dilain masa.. raya perhaps..:P


How much u willing to pay for happiness

PART TWO

Bila, wang serta kemewahan bukanlah segalanya,.. berkumpul bersama ahli keluarga kami cukup membahagiakn kami.. minggu kedua ramadhan 2012, aku berkesempatan balik ke Ipoh serta berbuka puasa besama buah hati aku.. kali ni.. destinasi yg direka Emak adalah di jeti lumut perak.. almost 2 hours journey dari rumah kampung. hihi tempat beriftar bukanlah di restoran mewah mahu pon hotel berbintang,.. "kita bentang tikar tepi laut, oke x udy?".. hihi ayat mak yg buat aku tersenyum...


ha. todia, tepi laut sungguh.. 
beli kepchi dah, ajak duk dlm tu..
Dia xmoo.. 
dia nk duk tas tikaq jugak..

sementara menunggu waktu berbuka, sempat berjalan sekitar jeti, hihi rezeki mata, cuaca sebegini jarang sekali, skill foto xseberapa mampu merakam sebegini sahaja..

Alhamdulillah, berbuka puasa bersama buah hati sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam, ha.. kalo dok dalam resotran or hotel..tak akan berpeluang melihat pemandangan sebegini, tuhan beri rezeki dan nikmat dalam pelbagai bentuk dan sumber yg tidak dijangka.. 

bejalan sekitar jeti sesudah berbuka,.. hihihi cantik sebenarnya cuaca pada hari ni.. bahagia bukan? berpeluang melihat pemandangan sebegini,.sekali lagi, ini semua nikmat rezeki `Dia`.. 

SubhanAllah,.. klik!klik!




How much u willing to pay for happiness

PART ONE

Bahagia, sgt subjektif pekara nye...

Alhamdulilah, sejak dari kecil,aku mengenal dunia, aku sudah merasa `bahagia`, aku punya keluarga, emak, abah, adik beradik yg ramai.. pada aku.. kami xperlu lain lagi pada masa itu.. kami hanya perlu satu sama lain.. dididik dari kecil, adik beradik jauh lebih penting dari kawan diluar sana.. ya.. mg kami 13 kesemuanya sgt rapat.. kalo naik bas, saling berpimpin tgn.. molek sungguh mak didik kami dulu.. 


my all time fav couple...
mereka `bahagia`.


Mak,pembaca tegar.. rumah kami xbesar, bilik juga secukup ruang sahaja, mak,dia kerap meghabiskan masa bersama dgn buku2 koleksi nya.. bilik kecil dia, dah boleh jadi mini perpustakaan, sejumlah wang mg akan digunakan membeli buku2..rata2 buku soal agama, buku yg berkisarkan khayalan duniawi ni xde kot.. yang aku lihat, selain dari gelagat anak2 dia..pada Emak`bahagia`,.adalah buku2 dia..

Abah,berasal dari keluarga berada, tapi dia tidak memilih untuk mewarisinya.. abah,bekerja keras demi membesarkan kami, bergaji kecil.. jadi keperluan harian agak terhad,.. balik dari kerja dia akan menyalin baju, mengendong guni berisi jala pergi mencari ikan buat mkn malam kami.. ikan laut atau ayam, jarang sekali merasa, mungkin bila abah dapat gaji.. duit secukup bulan, selainya rezeki yg dtg tidak disangka2.. pada abah, `Bahagia` dia bila dapat menyuap rezeki halal ke mulut anak2 dia.. duit bukan segala baginya..

Mak,abah..
material duniawi mg tidak diendahkan, membesarkan kami dgn sumber halal dan didikan yg sebaiknya cukup membentuk kami seadanya sekarang.. bahagia aku, bila melihat senyuman kedua buah hati aku ini,.. nikmat hidup aku serta semua yg aku kecapi hari ini atas berkat doa berpanjangan mereka.. semoga aku diberi kesempatan mem`bahagia`kan mereka pula.. amin...